Berita

Setiap Pemakanan Anak Dipantau, Intan Najuwa Dibantu Jururawat Pediatrik Peribadi

Share

Aktres jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya memperkenalkan air tembikai kepada anak perempuannya, Imane Lunara, ketika usia kanak-kanak itu mencecah 1 tahun 1 bulan.

Menurut Intan, setakat ini Lunara tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun kesan sampingan selepas meminum air tersebut.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut menjelaskan bahawa setiap pemakanan Lunara dipantau rapi dengan bantuan jururawat pediatrik peribadi yang menetap bersama mereka di rumah.

“Untuk menjawab soalan ini, dan juga untuk beberapa pengikut saya yang mungkin tertanya-tanya tentang smoothie dan jus yang saya kongsikan untuk Lunara, saya ingin jelaskan sedikit.

“Setakat ini, Lunara tidak pernah mengalami sebarang reaksi buruk atau kesan sampingan terhadap apa-apa yang kami perkenalkan kepadanya.


“Kami mempunyai jururawat pediatrik peribadi yang tinggal bersama kami dan menjaga Lunara sepenuh masa, jadi segala yang diberikan kepadanya, termasuk jadual makanan dan jus, dirancang dengan teliti, selamat dan bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan,” katanya.

Dalam masa sama, Intan Najuwa Abdul Wahid turut memaklumkan bahawa dia telah mendapatkan kebenaran daripada doktor sebelum memberikan jus tembikai kepada anaknya itu.

“Tembikai ini berkesan dengan baik untuk Lunara, namun ia mungkin tidak sesuai untuk setiap kanak-kanak. Malah, doktor sendiri telah memberikan kebenaran untuk kami memasukkannya dalam pemakanan Lunara,” tulisnya lagi.

Penjelasan tersebut dibuat selepas timbul persoalan dalam kalangan netizen yang bertanya mengenai kesesuaian jus tembikai untuk kanak-kanak di bawah usia dua tahun, susulan pengalaman seorang ibu yang mendakwa anaknya mengalami cirit-birit dan muntah selepas meminumnya.

Untuk rekod, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara, pada 15 Disember 2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath