
Sesungguhnya malang tidak mengenal sesiapa, salam takziah kami di meja editorial Remaja ucapkan kepada penyerang muda pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad,25 tahun, yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.
Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Bakap itu telah meragut nyawa anak lelaki bongsunya yang berusia 22 hari manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah. Syafiq and anak sulungnya pula, Nur Aira Saffiyya, 2 tahun, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Dalam kejadian itu juga turut terkorban ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab (yang dipercayai sebagai ibu mentua Syafiq) dan seorang wanita warga Indonesia, Titik Sukamti. Kereta Toyota Vellfire yang dinaiki enam individu tersebut remuk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Seperti yang tertulis di dalam laporan, Pihak Bomba dan Penyelamat Negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.36 pagi dan tiba dilokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Tiga mangsa yang maut telah disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan manakala mangsa yang tersepit pula berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi dan opersi ditamatkan pada jam 6.12 pagi.
Sumber & Foto: via Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022

Dunia ratu cantik boleh mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Seiring dengan populariti yang dikecapi, jika pandai mengemudi kerjaya seseorang ratu cantik pasti boleh membina empayar menerusi takhta yang dimenangi.
Baru-baru ini, seorang lagi ratu cantik telah dinobat di Puerto Rico. Elena Rivera yang merupakan seorang peragawati dan pelajar dalam jurusan pemasaran telah berjaya mengalahkan 29 peserta lain untuk bergelar Miss World Puerto Rico 2022.

Baru berusia 18 tahun, dia yang berasal dari daerah Toa Baja telah dimahkota oleh Miss World Puerto Rico 2021, Aryam Diaz Rosado. Seiring dengan kemenangannya dia membawa pulang hadiah berupa mahkota dan piala.
Dalam sesi soal jawab yang menjadikannya sebagai juara. Elena telah menerima soalan mengenai isu pengguguran kandungan yang sedang rancak diperkatakan di Amerika Syarikat apabila mahkamah negara itu telah memutuskan yang menggugurkan kandungan merupakan satu bentuk jenayah.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Vietnam Next Top Model Musim Ketujuh Kini Bergelar Miss Universe Vietnam 2022

Jawabnya, “Saya seorang yang mengutamakan nyawa. Saya faham yang wanita tidak seharusnya ditekan dengan undang-undang ini kerana setiap orang pasti melalui waktu yang sukar.
“Seharusnya ada pendidikan tentang isu ini, tetapi undang-undang tidak akan menghalang dari berlakunya penguguran dengan segaja. Kita harus menjaga wanita, mereka adalah paksi Puerto Rico.”
Setelah dinobatkan sebagai juara, gadis cantik ini berkongsi pengalaman sepanjang bertanding. “Saya kagum dan bersyukur, sebenarnya kesemua finalis pertandingan ini telah menjadi seperti adik-beradik yang luar biasa. Kehebatan adalah milik Tuhan dan saya mendapat mahkota dengan iman dan kepercayaan,” ujarnya.

Setakat ini Puerto Rico pernah memenangi mahkota biru Miss World sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1975 menerusi perwakilan Wilnelia Merced Cruz dan pada tahun 2016 menerusi perwakilan Stephanie Marie del Valle Diaz.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tiada Niat Perlekeh Mana-Mana Agama..” – Pengasas BEHATI Jawab Isu Fesyen ‘Cedok Budaya’

Fesyen secara amnya merupakan satu permainan ‘love-hate’ di antara pemakai dan pemerhati. Dalam landasan fesyen tempatan mahupun antarabangsa, kita tidak boleh menganggap semua orang akan menggemari atau boleh menerima gaya yang kita peragakan.
Dalam dunia fesyen masa kini, kuasa digital tidak boleh diperlekehkan. Apa saja yang diperkenalkan pasti akan menjadi perbualan warga maya dan respon yang diterima daripada mereka boleh berbaur positif mahupun negatif.
REMAJA percaya ramai berpendapat apa jua jenis publisiti – baik yang positif atau negatif – adalah publisiti yang baik untuk mempromosikan sesebuah jenama fesyen ataupun produk kepada orang ramai. Namun tidak semua jenama mempunyai ‘hati kental’ untuk berdepan dengan publisiti negatif; tidak semua jenama fesyen boleh menjadi sekuat jenama fesyen tempatan, Behati.
Baru-baru ini, Behati dan pengasas, Kel Wen kembali menjadi topik kontroversi dalam kalangan warga maya setelah koleksi yang diperagakannya sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 telah ditempelak oleh ramai pihak disebabkan penggunaan identiti kebudayaan sehingga timbul isu ‘mencedok budaya’ atau cultural appropriation.

Di antara poin yang ‘mencucuk’ sensitiviti warga maya sewaktu pertunjukan fesyen Behati tempoh hari adalah penggunaan Songkok oleh Kel Wen yang memakai celana pendek tanpa baju dan kot labuh.
Setelah menerima tempias negatif oleh warga maya, Kel Wen berpendapat pemakaian songkok olehnya di KLFW hanyalah simbolik kepada penerimaannya terhadap budaya serta agama Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia; mengikut gaya hidupnya.
“Apabila saya membaca komen-komen anda, secara seriusnya, saya tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana agama. (Agama) Islam ialah agama yang cantik dan (apabila saya) membesar bersama masyarakat Muslim di Malaysia, (saya) secara semulajadi mudah mendapat pengaruh dalam karya seni serta stail saya.
“Pesanan ini adalah untuk haters yang tidak melakukan kajian mereka. Anda tidak perlu menerima (gaya dan idea saya) kerana stail ini masih belum biasa dalam fesyen lelaki tempatan.
“Tetapi tolong jaga mulut anda jika mahu dikenali sebagai contoh ‘bersederhana’. Untuk menjadi sederhana bukanlah disebabkan pemakaian tetapi pertuturan,” selar Kel Wen.
Tambahnya lagi, koleksi PERANAKAN yang dipersembahkan di KLFW baru-baru ini menceritakan tentang keindahan perkahwinan campur di antara bangsa berbeza dan busana terakhir yang diperagakan oleh usahawan kontroversi, Dato’ Sri Vida adalah intepretasinya terhadap fesyen campuran budaya.

Empunya badan sudah bersuara, apa pula pendapat korang terhadap pemakaian aksesori tradisional atas tiket untuk berfesyen?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Harap Lebih Ramai Bukan Muslim Cuba Berpuasa..” – Dr Soo Wincci Kongsi Kelebihannya

Ketika umat Islam sedang meneruskan ibadah berpuasa dengan tidak makan dan minum di siang hari, jelitawan bijak negara iaitu Dr. Soo Wincci yang kini berada di Sepanyol bagi terus memburu ijazah kedoktoran (PhD) kedua beliau turut tidak terkecuali daripada berpuasa.
2021 menandakan tahun kesepuluh buat Miss World Malaysia 2008 ini berpuasa dan beliau mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan tradisi tersebut biarpun berlainan kepercayaan.
“Bagi saya, saya memang merasai kebaikan berpuasa terutamanya dalam menetapkan semula (reset) badan. Puasa juga mengajar saya agar sentiasa bersyukur dan sabar ketika melakukan rutin harian,” katanya semasa dihubungi REMAJA hari ini.
Biarpun selesa berpuasa atas keinginan diri sendiri, Dr. Soo Wincci yang kini sedang meneruskan pengajian dalam jurusan Artistik Produksi di University of Polytechnic merasakan perbezaan budaya di Sepanyol yang masih kurang memahami maksud di sebalik rutin berpuasa itu adalah antara cabaran terbesarnya.
“Ramai di kalangan mereka yang salah faham mengenai rutin puasa. Ada yang ingat kita boleh minum air, dan ada juga yang langsung tidak memahami apa itu puasa. Jadi setiap kali mereka tertanya-tanya, saya perlu terangkan serba-sedikit mengenainya,” kongsinya lagi.
Puasa Tempoh Lama
Ini bukanlah kali pertama Dr Soo Wincci berpuasa di Sepanyol.
Lalu, keperluan menahan lapar dan dahaga selama 16 hingga 18 jam di sana kian sebati dengan dirinya. Begitupun, beliau mengakui lebih berhati-hati dengan pemakanan yang diambil agar badan kekal cergas sepanjang hari.
“Saya akan memilih untuk minum kopi bersama roti saja untuk waktu sahur. Manakala ketika berbuka, saya gemar mengambil sayur dan spaghetti.”

“Kepada semua umat Islam di Malaysia, saya ucapkan selamat berpuasa kepada kalian.
Dan saya berharap agar lebih ramai masyarakat bukan Muslim yang akan mencuba untuk berpuasa kerana ia mempunyai banyak kebaikan,” simpulnya yang juga sedang mempersiapkan beberapa video resepi untuk dikongsikan sempena bulan Ramadan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

