
Sambutan Hari Malaysia pada era ini seakan tidak lengkap tanpa kemunculan acara tahunan yang dinantikan warga kota iaitu Keretapi Sarong. Memasuki usia satu dekad, acara yang dianjurkan oleh LOCCO pada tahun ini mengangkat tema ‘Sayang Malaysia’ sekaligus mencerminkan perpaduan dan rasa cinta serta hormat rakyat terhadap seni, tradisi, budaya dan penyatuan kaum yang ada di negara kita.
Istimewa pada tahun ini, Remaja menyertai perjalanan Keretapi Sarong di dalam gerabak NIVEA dengan penuh keyakinan dan keselesaan dari Terminal Bersepadu Gombak hingga ke stesen MRT TRX.
Seawal jam 7.00 pagi lagi, kami sudah dapat melihat kelibat peserta Keretapi Sarong 2026 mula membanjiri ruang legar di aras dua. Setiap peserta tampil cukup ceria dalam persalinan tradisional masing-masing bertemakan fabrik batik, kain pelikat dan aksesori tambahan di kepala mengikut selera stail dan kreativiti masing-masing.
Ini selari dengan ‘Confidence Challenge’ yang dibawakan oleh NIVEA bagi memastikan setiap peserta berasa energetik dan bersiap-sedia untuk memperagakan persalinan mereka pada Hari Malaysia.
Pagi tersebut bermula dengan penuh energetik dengan kemunculan peserta tarian kebudayaan, penghibur komedi dan beberapa lagi penghias segmen lain. Begitupun, teriakan paling kuat tentulah bergema apabila Aisha Retno dan kumpulan Insomniacks membuat kejutan di pentas utama.
Kelibat dua selebriti yang mewakili generasi muda tersebut dilihat cukup molek dengan pengenalan produk NIVEA Black and White Invisible Deodorant baharu dengan slogannya, ‘United by One Confidence’.
Biarpun sekadar menceriakan suasana dengan interaksi kasual dan sesi kuiz bersama peminat, Aisha dan Insomniacks mampu menjelmakan sorakan dan keriangan yang dibawa orang ramai untuk agenda seterusnya iaitu menaiki tren ke lokasi yang ditetapkan.
Usai aktiviti ringkas di stesen LRT Terminal Bersepadu Gombak, kami terus diiringi bersama ribuan peserta Keretapi Sarong x NIVEA yang lain untuk sama-sama memenuhi gerabak LRT.
Sepanjang perjalanan ke stesen MRT TRX , kami disajikan dengan bermacam-macam ragam diketuai oleh peserta yang sudahpun mempunyai pengalaman menyertai acara Keretapi Sarong terdahulu; termasuklah aktiviti seperti nyanyian lagu-lagu patriotisme dan segmen permainan rakyat.
Biarpun kesemua peserta cukup aktif beraksi di dalam gerabak, kesegaran badan tetap dirasai dengan penggunaan deodoran daripada NIVEA yang kini menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan daripada peluh dan bau badan.
Orang Ramai Banjiri Reruai NIVEA & Dekati Selebriti Kesayangan Mereka
Sebaik tiba di The Exchange 106 (TRX), kami terlebih dahulu tidak melepaskan peluang singgah ke reruai NIVEA bersebelahan pentas utama Keretapi Sarong 2026.
Di sana, kami berpeluang mencuba sendiri aktiviti yang disediakan di ruang berkenaan termasuklah di sudut DIY Station, Speed Challenge dan Hangman Challenge.
Bukan setakat itu, peminat Aisha Retno dan Insomniacks di sana dapat menemui mereka sekali lagi bagi mengabadikan kenangan menerusi sesi ramah mesra serta menonton persembahan mereka di pentas utama.
Ketika menemui Aisha setelah selesai beramah mesra bersama peminat yang setia menanti kehadirannya di reruai tersebut, beliau menyatakan bagaimana pengalaman kali pertama di Keretapi Sarong ini terasa lebih istimewa apabila ia hadir di bawah jemputan NIVEA.
“Saya sangat gembira, Alhamdulillah. Penat itu sudah tentu ada. Tapi rasa penat telah digantikan dengan rasa senang hati melihat perpaduan bersama rakan-rakan baharu dalam persalinan tradisional hari ini,” kata Aisha yang cukup cantik dalam busana bertemakan flora.
“Dengan agenda sesibuk hari ini, tentulah saya ingin kekalkan kesegaran diri dan badan. Dengan adanya deodoran NIVEA Black & White Invisible Authentic, apabila saya perlu bergerak ke sana-sini di bawah cuaca terik sekalipun; penjagaan badan saya tetap terjaga,” tambah Aisha.
Aisha kemudiannya dijemput ke pentas utama bagi memeriahkan lagi gimik pelancaran NIVEA Black & White Invisible Deodorant baharu bersama-sama pasukan NIVEA diketuai oleh Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Dr. Christopher Vierhaus.
NIVEA Meriahkan Keretapi Sarong 2026 Di Pentas Utama
Sebagai salah seorang warga ekspatriat yang turun padang untuk menyambut Hari Malaysia di Keretapi Sarong 2026, tentunya Dr. Christopher turut merasakan keterujaan orang ramai sewaktu berada di The Exchange 106, tempoh hari.
Kacak dalam persalinan lengkap Baju Melayu, beliau berkongsi mengenai bagaimana pengalaman menyambut Hari Malaysia di Keretapi Sarong 2026 cukup memberi kesan buatnya.
“Kita dapat melihat kekayaan budaya dan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap negara mereka dan masyarakat di sekeliling.
“Walaupun cuaca agak terik dan keadaan di sini sedikit sesak, kami merasa bangga apabila dua produk baharu yang diperkenalkan iaitu NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night serta NIVEA Black & White Invisible Authentic menawarkan peluang kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perlindungan Dual Shield 72 jam untuk kulit dan pakaian dengan haruman premium baharu,” ujarnya.
Untuk pengetahuan anda, haruman NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night menawarkan kualiti yang menyegarkan serta mendinginkan pada setiap semburan atau olesan.
Manakala bagi pengguna NIVEA Black & White Invisible Authentic, mereka pasti menggemari campuran bau antara buah-buahan dan bungaan ketika menggunakannya pada setiap hari.
“Selain memberikan rasa dingin dan memelihara kulit bawah lengan, deodoran daripada NIVEA ini juga memberi keyakinan berganda kepada pengguna apabila ia tidak meninggalkan kesan kuning pada pakaian,” tambah Dr. Christopher lagi.
Teknologi anti-kesan tetap menjadi salah satu faktor utama pelanggan NIVEA terus mendapatkan rangkaian deodoran daripada jenama tersebut. Seperti produk deodoran NIVEA yang lain, NIVEA Black & Whita Invisible Deodorant juga menawarkan perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan.
Bagi anda yang ingin memperolehi keyakinan seperti Aisha Retno, Insomniacks dan ribuan lagi pengguna NIVEA lain di Keretapi Sarong 2026, anda boleh mendapatkan NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night dan NIVEA Black & White Invisible Authentic Deodorant di Watsons serta seluruh rangkaian peruncit utama lain seperti farmasi, pasar raya besar, pasar mini dan menerusi platform e-dagang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.