Berita

Aksi Naruto Di Stesen Minyak Tular, Rupanya Cara Remaja Ini Sembunyikan Duka Kehilangan Ayahnya

Share

Di sebuah stesen Petronas di R&R Sungai Perak, seorang anak muda kini jadi perhatian ramai. Bukan kerana sesuatu yang luar biasa besar, tetapi kerana satu perkara yang cukup rare dia memilih untuk menceriakan orang lain dengan cara yang sangat unik.

Dikenali sebagai “Naruto Petronas”, Muhammad Fakhrul Radzi bin Zulkfley, 23, bukan sekadar pekerja biasa. Dengan gaya yang diinspirasikan daripada watak Naruto Uzumaki dalam anime popular Naruto Shippuden, dia sering menghiburkan pelanggan daripada larian ikonik “Naruto run” sehinggalah aksi spontan penuh energy setiap kali orang singgah isi minyak.

Apa yang ramai tak tahu, minat terhadap anime itu sebenarnya sudah lama sebati dalam dirinya sejak kecil.

Minat Anime Jadi Cara Hadapi Kehilangan

@unnieeee_2 Naruto petronas. Korang kalau jumpa fakhrul ni support lah dia. Dia baik, peramah & happy go lucky tau. Dia buat mcm ni utk hiburkan diri dia dan orang sekeliling. Keep it up! 👍🏼#petronas #naruto #sgperak #jujutsukaisen ♬ bunyi asal – Eidaasmyda

“saya memang meminati Naruto Shippuden dan Jujutsu Kaisen dari kecil lagi… sebenarnya ayah saya baru meninggal, so cara itu adalah untuk menutup kesedihan saya la.”

Di sebalik gelak tawa yang dia cipta, tersimpan satu kehilangan yang cukup berat untuk dipikul. Sebagai anak bongsu, pemergian ayah tercinta memberi kesan yang sangat besar dalam hidupnya.

Namun Fakhrul tidak memilih untuk terus tenggelam dalam kesedihan. Sebaliknya, dia menggunakan minat yang sudah lama ada iaitu anime, karakter dan aksi sebagai cara untuk ‘heal’ diri sendiri.

Apa yang nampak seperti hiburan ringan sebenarnya menjadi satu bentuk terapi buat dirinya. Setiap kali dia berlari, melompat dan menceriakan pelanggan, itu adalah proses dia belajar untuk kembali kuat, sedikit demi sedikit.

Aksi Viral Yang Menyentuh Hati

Tanpa disangka, aksi-aksi spontan itu mula tular di media sosial. Ramai netizen terhibur, malah ada yang turut tersentuh apabila mengetahui kisah sebenar di sebalik karakter ceria yang dibawanya.

Ada yang sanggup singgah di R&R Sungai Perak hanya untuk melihat sendiri aksi Naruto Petronas secara depan mata. Fenomena ini menjadikan dirinya lebih daripada sekadar pekerja biasa.

Kadang-kadang, cara untuk sembuhkan diri bukan dengan lari daripada kesedihan… tetapi dengan mencipta senyuman untuk orang lain.

Dan dari situ, dia perlahan-lahan menemui kembali kekuatan dirinya.

Sumber : Tiktok leeroywong28

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy