
Itu luahan penuh kasih daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Wan Omera, yang menyentuh hati ramai netizen.
Kata-kata itu ditujukan kepada bapanya yang kini menghidap kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya, menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @Anneeaen.
Walaupun baru berusia enam tahun, kematangan yang ditunjukkan Wan Omera nyata mengundang sebak. Bapanya, Wan Ahmad Aminuddin, dilaporkan lumpuh selepas terlibat dalam satu insiden motosikal pada tahun 2024.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ann Nuur Ain, kelihatan beliau menolak kerusi roda suaminya sambil meluangkan masa beriadah bersama anak-anak. Video berkenaan meraih perhatian luar biasa apabila mencatat lebih dua juta tontonan serta lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.
Dalam rakaman itu, Wan Omera dilihat membelai rambut bapanya yang sedang duduk di kerusi roda sebelum meluahkan impian besarnya untuk menjadi seorang doktor, semata-mata demi menjaga insan yang paling disayanginya.
Keikhlasan dan kasih sayang seorang anak kecil itu nyata menyentuh perasaan ramai, sekali gus mengingatkan bahawa cinta keluarga tidak pernah mengenal usia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.