Berita

Muncul Di Mahkamah, Zizi Kirana Pilih Kunci Mulut Isu Rumah Tangga

Share

Kehadiran penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis mencuri perhatian ramai apabila ia dikaitkan dengan urusan rumah tangga pasangan itu.

Zizi yang tampil mengenakan jubah hitam dilihat hadir sekitar jam 8.40 pagi dan ditemani pelakon,

Ummi Aida.

Bagaimanapun, pengacara itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah berkenaan. Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dilakukan.

“Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak,” katanya ringkas kepada media.

Dalam masa sama, Zizi turut mengesahkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mahkamah Rendah Syariah.

Terdahulu pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Published by
Fath