Berita

Mimi Fly Wakili Malaysia Ke ASEAN-Korea Music Festival, Janji Buat Persembahan Terbaik!

Share

Penyanyi versatil, Mimi Fly, bakal mencipta satu lagi momen membanggakan apabila diumumkan sebagai wakil Malaysia ke ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung pada April ini di Araneta Coliseum, Filipina.

Bagi Mimi, peluang ini bukan sekadar satu jemputan biasa, sebaliknya satu penghormatan besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

“Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini. Ini adalah peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

“Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiap diri untuk persembahan itu nanti. Sudah pasti, saya hanya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita.

Menariknya, festival berprestij ini turut menampilkan barisan artis pilihan dari negara ASEAN lain seperti Pamungkas dari Indonesia, Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) serta 10CM dari Korea Selatan.

Mimi yang popular menerusi lagu Angkat dan Serumpun dijangka menghangatkan pentas dengan beberapa buah lagu dalam persembahan berdurasi 25 minit.

Lebih menarik, persembahan tersebut akan diserikan dengan sokongan 16 orang penari dari Malaysia dan Filipina.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Published by
Fath