Percaya atau tidak, seorang lelaki Argentina sanggup menukar wajahnya demi menjadi makhluk filem The Lord of the Rings.
Luis Padron yang berusia 29 mengakui dirinya menjalani 32 prosedur pembedahan plastic untuk menjadi ‘Elf’ dan dirinya merancang untuk meneruskan hasratnya itu. Merupakan seorang penerbit pemuda telah menerima pendedahan tersebut secara percuma kerana dirinya adalah model pembedahan plastik.
Kos pembedahannya ini juga telah menelan sebanyak $100,000 (RM405,962)
Ads
Menurut Daily Star, Luis Padron telah melakukan pembedahan termasuk pada bahagian muka, leher, telinga, mata dan lain-lain lagi. Satu pembedahan memerlukan rahangnya untuk patah sebanyak lima kali dan diset semula dengan titanium. Pada masa yang sama, dirinya juga menjalani rawatan laser untuk melunturkan warna kulit. Malah, menukar warna matanya sebanyak enam kali.
Ads
“Sejak saya kecil, saya hanya mampu berkhayalan sebagai cara untuk menangani kenyataan yang sukar.
“Saya peminat filem seperti Labyrinth dan Neverending Story dan juga suka buku mengenai lagenda, mitologi dan lain-lain.
“Saya hanya mahu kelihatan seperti semua perkara yang membuat saya gembira,” katanya.
Walau bagaimanapun, ini adalah pilihan peribadi individu tersebut. Terserahlah dia nak tiru macam siapa pun, yang penting kalau kita tahu benda ni tak elok, jangan tiru okay? Hiks!
Sumber: Daily Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi lagu Circles & Sunflower ini sememangnya adalah antara penyanyi terbaik yang muncul dalam radar mainstream pada tahun ini.
Bukan hanya popular di Amerika Syarikat, lagu-lagu Post Malone turut menjadi hit di kalangan pendengar di Malaysia sehinggakan baru-baru ini, ada peminat yang menghargai Post Malone dengan cara paling istimewa.
Bertempat di Jalan Telawi, Bangsar, sebuah mural grafiti telah dihasilkan oleh seorang artis bernama Katun. Post Malone digambarkan memakai sut pertahanan seperti yang disarungnya dalam muzik video ‘Circles’.
Penulis sendiri teruja dan kagum apabila melihat video time lapse yang dihasilkan, seperti di bawah:
Setelah sukses dengan drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo yang merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop ASTRO comeback dengan drama berlatarbelakangkan zaman dahulu terbaru MBC yang berrjudul “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.
Cha Eun Woo akan berlakon di samping Shin Se Kyung yang terkenal dengan beberapa drama hit antaranya Black Knight: The Man Who Guards Me, dan The Bride Of Habaek. Shin Se Kyung yang memegang watak Goo Hae Ryung. Watak seorang ahli sejarah pada abad ke-19 yang dilatih untuk menjadi ahli sejarah istana. Sifatnya yang optimistik untuk menunjukkan bahawa kehidupan dalam istana sama saja dengan orang awam. Tiada pangkat dan darjat.
Tentu sekali, Goo Hae Ryung akan berhadapan dengan konflik dimana dia bakal jatuh cinta dengan watak putera yang dilakonkan oleh Cha Eun Woo. Watak Putera Yi Rim, yang mempunyai dua kehidupan dimana dia seorang putera yang sepi tanpa cinta dalam masa yang sama seorang novelis cinta terkenal di bandar Hanyang (China).
Shin Se Kyung memberi tahu Soompi bahawa dia teruja dan meletakkan kesungguhan maksima dalam memainkan watak ahli sejarah wanita. Dia juga turut menyatakan agar peminat setia kdrama terus menunggu kemunculan dia dan Cha Eun Woo dalam drama terbaru mereka.
Zaman ekonomi kurang menentu ini, ramai yang suka mencari kedai makan murah, sedap dan berbaloi. Tidak hairanlah, pantang ada kedai makanan tawar menu murah tapi sedap, sekejapan pasti akan menjadi viral.
Terkini, selepas menjadi viral selepas menjual menu chicken chop pada harga murah, RM5 sehingga pelanggan menyerbu kedai miliknya, Restoran Kak Chik yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sekali lagi membantu rakyat dengan menawarkan menu tak masuk akal di mana restoran ini menjual lebih banyak menu pada harga yang sangat berbaloi-baloi.
Makanlah apa saja, chicken chop, bihun sup utara (campur air), ayam & keli penyet, mi bandung (campur air), semua ini dijual pada harga RM5 sahaja. Nasi bubuhlah sebanyak mana, tetap dikira RM1 sahaja.
Inilah chicken chop RM5 yang menjadi viral kerana rasanya cukup enak
Set sup tulang ini campur air ini pun RM5. Nasi boleh bubuh banyak mana suka kata Kak Chik
Set keli lele ini baru RM5. Makan sampai kenyang, nasi boleh ambil banyak mana mahu dan harga tetap sama
Ambillah nasi sebanyak mana pun, set ayam penyet ini baru RM5 dan ini cara Kak Chik bersedekah kepada pelanggannya.
Mi bandung pun RM5 saja
Tidak hairanlah, disebabkan menjual pelbagai menu pada harga di bawah pasaran kebanyakan restoran biasa, restorannya antara tersenarai sebagai restoran harga patut dan menjadi tumpuan Ketua Wanita Umno, Dato Sri Shahrizat untuk mencubanya sekaligus menyampaikan sijil pengiktirafan.
Terkini, dalam membantu rakyat jimat berbelanja namun masa yang sama masih mengekalkan kualiti masakan yang cukup enak dan berbaloi, Restoran Kak Chik menerusi pemiliknya, Kak Chik menyediakan menu makan malam pada harga patut iaitu RM15 untuk dua orang makan dan lebih.
Kak Chik bersama anaknya, Suzie yang menguruskan restoran ini
Restoran ini terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
“Saya terpanggil untuk membantu masyarakat dengan menjual menu makanan murah. Tak apalah kita untung sedikit, bukan tak ada untung langsung tapi hati saya terhibur bila membantu masyarakat dengan menjual harga lebih murah,” katanya ketika ditemui.
Terkini, dengan hanya RM15 sahaja sudah cukup nilai itu untuk dua orang pelanggan menikmatinya. Menunya juga cukup berbaloi selain rasanya cukup enak.
Ada beberapa menu tersenarai. Antaranya:-
Menu 1: Chicken Chop, Mi & Bihun Goreng serta air iaitu teh o ais limau @ sirap limau 2.
Menu 2 : Nasi bujang 2 set, tomyam campur dan air tembikai.
Menu 3 : Nasi ayam penyet @ Keli Lele, Kentang @ Nugget serta air fresh orange 2
Menu 4 : Meat ball, nasi goreng kampung, kentang goreng dan teh o ais 2
Menu 1: Chicken Chop, Mi & Bihun Goreng serta air iaitu teh o ais limau @ sirap limau 2.
Menu 4 : Meat ball, nasi goreng kampung, kentang goreng dan teh o ais 2
Sudah lama berniaga, bagi Kak Chik, dia memahami bagaimana peritnya orang bekerja mencari sesuap nasi.
“Kalau makan pagi, harganya sekitar RM3 sahaja termasuk air. Makan tengahari cuma RM5 bagi nasi kosong, sup ulang dan air. Makan malam juga sama.
“Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 2 pagi. Cuma pada hari Ahad saja di tutup sehingga tengahari sebelum dibuka semula untuk pasar tani di kawasan ini. Semua menu ini pun Kak Chik yang masakkan. Mungkin tangan orang lama berbeza,” katanya mengukir senyuman.
Dalam memastikan menu di restoran ini sememangnya sedap, Remaja berkesempatan bertemu selebriti media sosial asal utara yang sangat terkenal iaitu AbGee yang turut mencuba makanan di kedai ini.
Selebriti media sosial, AbGee memberikan tanda terbaik untuk restoran ini selepas cuba makan di sini. Sedap tahu tahu nak habaqqq..katanya
Sudah banyak mencuba kepelbagaian makanan tetapi di Restoran Kak Chik, AbGee mengakui “RASA SEDAP TAK TAU NAK HABAQQQ”. Personaliti ini turut mengakui Restoran Kak Chik ini kerap bersedekah dengan memberikan makanan kepada penyokong penyanyi Azharina semasa pertandingan Gegar Vaganza yang lalu.
Apa yang membuatkan restoran ini menjadi tumpuan ialah, kedai makan ini kerap menjadi lokasi penggambaran beberapa buah drama malah ramai penerbit drama seperti Dato A Aida menjadikan restoran ini sebagai lokasi penggambaran.
Bagi Kak Chik, dia berpegang pada setiap apa yang diperolehnya itu adalah rezeki dari Allah. Disebabkan permintaan cukup tinggi dari penduduk sekitarnya, ramai juga pelanggan yang menempah perkhidmatan catering darinya malah di restorannya juga boleh dibuat majlis hari jadi, pertunangan dan sebagainya kerana dia mempunyai dua lot kedai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!