Dekorasi

Lagi Manjalah Kucing! Koleksi Haiwan Peliharaan Oleh IKEA Kini Ada Di Malaysia

Share

Sangkar besi? Besen plastik? Not anymore!

Mana-mana pemilik haiwan peliharaan pastinya ingin memanjakan si comel sehabis baik untuk membeli makanan, aksesori dan permainan terbaik. Di Malaysia sahaja, pemilik rumah sudah terbiasa memiliki haiwan peliharan sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Cuma kadangkala, kos membelikan barangan ini memakan bajet bulanan tertentu.

Haa, bagaimana jika kami katakan bahawa tidak semua barangan haiwan peliharaan memerlukan pemilik untuk berbelanja besar.

Terbaru, IKEA akhirnya melancarkan koleksi baharu khas untuk haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Dikenali sebagai koleksi UTSÅDD, ia merupakan koleksi haiwan sulung yang dilancarkan oleh gedung Sweden kegemaran ramai itu.

Menariknya, UTSÅDD direka oleh IKEA berdasarkan input profesional daripada doktor haiwan, pakar produk haiwan peliharaan dan panel kucing serta anjing. Ini bagi memastikan ia selamat digunakan dan selari dengan kehendak mereka.

Produk-produk ini merangkami empat aktiviti yang biasa dilakukan oleh haiwan peliharaan korang iaitu makan, tidur, bermain dan bersembunyi. Antaranya termasuklah rumah kucing, mainan, mangkuk makanan, selimut, tikar dan papan contengan. Yang penting, semuanya comel-comel belaka!

Rumah ‘Tippee’ Kucing RM69

Mangkuk Makanan/Minuman RM19 (M) RM15 (S)

Kusyen Tidur RM79 (L) RM19 (S)

Ruang Tidur RM99 (M) RM49 (S)

Lapik Mangkuk RM9

Permainan ‘Tunnel’ RM39

Cadar Tidur RM79

Fuh, banyak tu! Hehe.. kalau tak manja lagi, tak tahulah nak cakap.

Koleksi UTSÅDD ini sudahpun boleh didapati di gedung IKEA dan di laman sesawang rasmi Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN