Siapa sahaja yang tidak suka tidur kan? Lebih-lebih lagi orang dewasa yang seharian sibuk mencari rezeki, apabila hari cuti mesti mereka cuba ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan berehat atau pun tidur.

Namun begitu, menurut The Diagnosa, orang dewasa yang tidur lebih daripada waku yang disyorkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan sakit jantung dan juga mati.

Satu kajian telah dijalankan melibatkan 117,000 orang dewasa yang berumur daripada 35 hingga 70 tahun, merangkumi 21 negara yang melalui susulan selama 9 tahun. Kajian ini telah diterbitkan didalam journal yang berkaitan dengan masalah jantung iaitu European Heart Journal.

Jika Terlalu Banyak Tidur, Korang Berisiko Untuk Cepat Mati

Hasil kajian mendapati bahawa risiko untuk mendapat masalah jantung akan semakin meningkat sekiranya seseorang itu tidur lebih lama.

Berikut merupakan huraian bagi kajian ini:

IKLAN

• Sebanyak 7.8 dalam 1000 orang mati adalah daripada kalangan mereka yang tidur diantara 6 hingga 8 jam berbanding;
• 8.4 dalam 1000 orang yang mati daripada mereka yang tidur selama 8 ke 9 jam
• 10.4 dalam 1000 orang daripada mereka yang tidur selama 9-10 jam dan ia meningkat kepada;
• 14.8 kematian dalam 1000 orang bagi mereka yang tidur melebihi 10 jam sehari

Ini bermaksud kadar meningkat daripada 5%, 17% dan 41% ketika mana korang tidur semakin lama.

Jika Terlalu Banyak Tidur, Korang Berisiko Untuk Cepat Mati

IKLAN

Namun begitu, para pengkaji menjelaskan bahawa belum dapat dipastikan adakah benar tidur yang berlebihan itu menyebabkan penyakit tersebut berlaku ataupun masalah sakit jantung itu sendiri yang menyebabkan tidur peserta menjadi berlebihan.

Dalam kajian tersebut juga menyatakan bahawa mereka yang tidur waktu pagi dan tidur waktu malam melebihi 6 jam akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah tersebut kecuali jika mereka tidur malam kurang daripada 6 jam. Golongan ini mempunyai risiko seperti biasa.

Professor Perubatan Jantung daripada Warwick University, Francesco Cappccio menjelaskan bahawa “Bukan disebabkan tidur yang panjang itu menjadi punca kepada kematian ataupun penyakit tersebut,” tetapi masalah kesihatan itu yang menyebabkan waktu tidur mereka bertambah.

IKLAN
Jika Terlalu Banyak Tidur, Korang Berisiko Untuk Cepat Mati
Akan Datang

Secara kesimpulannya, jika korang mengalami tidur yang panjang, ia mungkin petanda korang mengalami masalah kesihatan yang lain. Oleh yang demikian, kita perlulah melakukan pemeriksaan berkala untuk masalah tidur yang dihadapi.

Korang juga boleh melakukan ujian tekanan darah dan gula yang berkala seperti setiap beberapa bulan untuk saringan bagi mengetahui kita mengalami masalah kesihatan atau pun tidak.

Jangan ambil mudah tentang tahap kesihatan korang, paling penting amalkan diet yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat.

Sumber: thediagnosa.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI