
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan bakal tampil dengan single raya terbaharu dalam masa terdekat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, usahawan berusia 39 tahun itu berkongsi video teaser yang mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun paling mencuri tumpuan apabila perkongsian tersebut turut mendapat respons daripada Biduanita Negara, Siti Nurhaliza.
Penyanyi tersohor itu meninggalkan komen pada video berkenaan dan mengakui tersentuh dengan nyanyian yang disampaikan oleh usahawan tersebut.
Tidak hanya itu, ruangan komen turut dimeriahkan dengan respons bersahaja daripada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan Raja Lawak.
Ozlynn mengakui tidak menyangka keberanian Aliff sehingga berjaya menarik perhatian TokTi.
Dalam masa sama, Aliff turut mengambil peluang mempromosikan dirinya kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengundangnya membuat persembahan sempena musim perayaan akan datang.
“Ada yang nak panggil saya show tak? Harga RM35,000 boleh diskaun sikit. Boleh hubungi pengurus saya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aliff sememangnya sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering menjadi bualan setiap kali menjelang Aidilfitri. Dengan teaser terbaharu ini, ramai kini tertanya-tanya, adakah single kali ini bakal sekali lagi ‘menggegarkan’ timeline seperti sebelum-sebelum ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.