Sehari dua ini tular kembali di media sosial berkaitan sosej frankfurter jenama Rahmat yang didakwa tidak halal. Bahkan ia didakwa milik syarikat bukan bumiputera termasuk menyiarkan pemilikan bangsa asing syarikat yang mengeluarkannya.
Bertindak atas pertanyaan orang ramai yang bertanya hal ini, Bahagian Hub Halal JAKIM semalam mengeluarkan satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan produk ini ada sijil halal dan masih belum luput tempoh pun.
Baca penjelasan Bahagian Hub Halal Jakim mengenai produk ini.
Pihak kami kembali menerima banyak pertanyaan awam berkenaan status halal produk frankfurter ayam jenama Rahmat yang didakwa tidak halal.
Untuk makluman, penjelasan berkenaan isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak kami pada bulan Disember 2019 yang lalu namun kini ia kembali menular.
Perlu diketahui produk tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia yang masih sah. Justeru, masyarakat pengguna diseru agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu informasi sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.
Penjelasan Isu Status Halal Produk Frankfurter Ayam Jenama Rahmat pada tahun lalu
Ads
Tahun 2019 hampir melabuhkan tirainya hari ini. Namun, isu halal masih tiada penghujungnya. Terkini, media sosial kita dikejutkan dengan satu sebaran produk Frankfurter Rahmat yang dikilangkan oleh Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd. Selain itu, ianya berpunca dari dakwaan yang menyatakan bahawa produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat penternak babi terbesar di Melaka.
Untuk makluman, syarikat berkenaan bertindak selaku Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada produk Rahmat Frankfurter. Penggunaan nama jenama Rahmat adalah bersempena nama Encik Rahmat bin Ibrahim, Pengarah Syarikat Mantap Eksklusif Sdn Bhd yang telah bersetuju menjadikan Syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd sebagai pengilang produk terbabit.
Nama jenama 'Rahmat' dan warna pembungkusan hijau adalah secara umumnya berdasarkan persetujuan bersama oleh pengilang dan pihak syarikat Mantap Ekslusif Sdn Bhd. Syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd adalah syarikat berkelompok (commercial company) di bawah Leong Hup (Malaysia) Sdn Bhd, a member of Leong Hup International yang tiada kena-mengena dengan penternakan babi.
Ads
Untuk makluman, produk frankfurter ayam jenama Rahmat keluaran syarikat Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd yang beralamat di Wisma Westcourt, 126, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
Justeru, masyarakat pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menularkan sebarang berita berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Peningkatan wabak kes Influenza Like Illness (ILI) atau jangkitan salur pernafasan dilaporkan semakin menular.
Terbaru, sebuah sekolah menengah berasrama di daerah Petaling, Selangor dikesan kluster Influenza-Like-Illness (ILI) pada Selasa lepas.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak dan kes pertama telah dikenal pasti bergejala sejak 14 Jun lepas.
“Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak adalah 191 orang pelajar dengan kadar serangan jangkitan 32.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman Via Astro Awani
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, lima orang pelajar telah disahkan positif Influenza A, manakala sebanyak 13 sampel lagi masih menunggu keputusan.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan oleh JKN Selangor terhadap jangkitan ILI di negeri itu mendapati situasi masih terkawal namun penularan jangkitan di institusi pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah berasrama menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Sebelum itu, mari kita ambil tahu tentang punca, cara merebak dan cara mencegah wabak ini.
Punca Penyebaran Wabak ILI:
Fakta: Menerusi virus dan bakteria
Mitos: Makanan dan minuman
Cara wabak ILI merebak:
Menerusi perkongsian peralatan diri seperti tuala
Tangan yang kotor
Objek yang tercemar
Cara pencegahan:
Mencuci tangan menggunakan sabun dan air
Hand sanitizer
Tutup mulut ketika batuk
Tutup mulut ketika bersin
Memakai topeng muka
Sehubungan itu, orang ramai, masyarakat dan pelajar dinasihati agar sentiasa mengamalkan langkah kawalan kendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Dalgona Coffee menjadi viral di media sosial, kini seorang lagi pengguna Facebook berkongsi idea kreatif untuk menghasilkan green tea latte pula, ala-ala Frape Green Tea Latte Starbucks.
Remaja yang baru sahaja berusia 23 tahun ini, ‘kantoi’ dengan jiran hanya kerana rumahnya kelihatan seperti sedang ‘terbakar’. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik sahaja ahli bomba sampai ke rumah tersebut, remaja itu akhirnya tertangkap kerana beliau menghantar santau melalui penghantaran pos.
Jiran tetangga juga mempunyai beberapa rakaman yang menunjukkan rumahnya itu seakan sedang terbakar, dan video tersebut telah dimuatnaik ke aplikasi TikTok dan video itu tular sejak semalam lagi.
Apa yang lebih mengerikan lagi, lelaki ini berjaya ditangkap oleh pihak bomba, dan beberapa gambar juga sempat diambil didalam rumahnya. Kelihatan didalam rumah tersebut, terdapat banyak barang yang digunakan olehnya untuk ‘ritual’ tersebut.
Sumber: Twitter
Hasil penemuan ini telah mengejutkan seluruh warga netizen di sosial media juga, dan semestinya ianya juga telah mengejutkan jiran tetangga yang tinggal di sekeliling kawasan perumahannya itu.
Remaja ini disyaki telah menghantar santau kepada ramai orang dan pihak bomba juga menjumpai beberapa keping gambar dan maklumat ‘mangsa’ tersebut didalam rumahnya.
Dipercayai jenis sihir yang dilakukannya itu adalah sihir pemisah kerana terdapat banyak gambar pasangan lelaki dan wanita, dan ada diantaranya tertulis ‘Separator’ yang membawa maksud pemisah. Kelihatan seperti banyak bekas ‘darah’, telur, dan juga beberapa jenis mangkuk dan peralatan lain yang digunakan olehnya.
Sumber: Twitter
Walaubagaimanapun, pihak polis kini sedang menjalani siasatan lebih lanjut, dan diharapkan kegiatan tidak bermoral ini dapat dihentikan serta-merta.
Sumber: Twitter
Sesungguhnya ini adalah perbuatan mungkar dan merupakan ajaran sesat. Allah adalah tempat kita memohon dan bergantung seratus-peratus, dan perbuatan syirik ini adalah perbuatan menduakan Tuhan. Semoga kita semua terlindung dari sihir dan santau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.