Kuala Lumpur. Kota yang tidak pernah tidur. ‘Didiami’ masyarakat berbilang kaum, ibu negara Malaysia ini juga menyimpan 1001 kisah tersendiri selain mempunyai bangunan pencakar langit dan lokasi menarik yang pastinya menjadi kebanggaan rakyat.
Sejak dahulu lagi, Kuala Lumpur menjadi tumpuan para pelancong seluruh negara. Kaya dengan pelbagai makanan dan budaya, tidak hairanlah kota ini acap kali mendapat pujian pelancong luar.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila ada seorang pelancong wanita yang berasal dari Amerika memuji keindahan kota raya Kuala Lumpur.
Menerusi satu hantaran video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Lilith itu memuji dan menganggap Kuala Lumpur tersebut lebih menarik berbanding kota terkenal, New York.
Ads
“I have a little different perspective on it. I don’t think KL is the New York of Asia, because I think KL is way better than New York. But KL really is the Wakanda of the world. No one really know about it that much.
“Then you come and you’re like, what? What is this place? Why have i never heard of it? Why does no one ever talk about it? It’s amazing, and it’s so developed. And, no one really knows. At least Americans, they never talk about Malaysia really in the news ever,” tuturnya panjang.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon yang rata-rata rakyat Malaysia terharu dengan kenyataan pelancong jelita itu.
“Thank you very much for your perspective. We Malaysian welcome everyone,” komen seorang pengguna.
Ads
“Thanks for sharing good vibes about Malaysia, truly Asia,” tulis pengguna lain.
“Thanks for Loving Our Country Malaysia.. Especially Kuala Lumpur…” komen rakyat Malaysia di ruangan komen tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tatkala sudah ramai peniaga boleh menarik nafas lega kerana diberi kelonggaran memulakan perniagaan seperti biasa, namun pengusaha dan pekerja pawagam nampaknya masih belum melihat ‘sinar’ itu lagi.
Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) memaklumkan industri pawagam semakin tenat dan merayu kepada pihak kerajaan agar pawagam dibenarkan beroperasi semula. Hal ini berikutan kelonggaran aktiviti makan di restoran, sukan, rekreasi dan riadah tidak membabitkan kontak fizikal sudah pun dibenarkan untuk individu divaksin penuh di kawasan-kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Setiausaha MAFE, Sisubalan Ehambaram berkata, kebenaran operasi itu bukan saja akan membantu menjana ekonomi dan peluang pekerjaan, tetapi mampu meredakan tekanan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kajian yang dilakukan Cinema Online baru-baru ini mendapati lebih 80 peratus penonton menyatakan bahawa pawagam membantu mengurangkan tekanan dan keresahan.
“Kami yakin bahawa adalah selamat untuk membenarkan penonton divaksin penuh kembali ke pawagam. Ini supaya kita dapat memulihkan kembali tahap kesihatan mental rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.
Selepas ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 serta alami kerugian lebih RM600 juta, pengusaha pawagam kini berada dalam keadaan yang amat tenat. Penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam industri filem dan pawagam.
Sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa syariakt pawagam MBO Cinemas telah pun menamatkan operasinya. Diharap agar syarikat pawagam lain masih lagi boleh beroperasi seperti sedia kala. Ramai pekerja yang akan terkesan sekiranya penutupan operasi berlanjutan dengan lebih lama lagi.
Menuju ke zaman 5g, Teknologi baru 5G menjanjikan perubahan dalam hidup kita dengan menghubungkan berjuta-juta peranti dan membolehkan segala-galanya menjadi kenyataan daripada kereta tanpa pemandu hinggalah kepada rumah pintar.
Sumber : PC Mag
Bahkan, ia boleh mengubah dunia yang sedang kita jalani ini.
Selangkah ke hadapan, KFC China pula melihat ada cara yang lebih baik untuk menjual produk makanan mereka di ‘jalanan’. Dengan teknologi 5G yang semakin meluas di China, trak mini tanpa pemandu (dikawal secara 5G) digunakan untuk menjual produk KFC di sekitar bandar Shanghai. Menarik, bukan?
Trak sajian ini merupakan hasil inovasi syarikat Neolix dan trak ini diperkasakan dengan sistem pemanduan autonomous tahap 4 dan dilengkapi sensor-sensor disekelilingnya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Ia berfungsi dengan penggunaan tenaga bateri yang boleh membawanya sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 50km/j. Pihak Neolix juga menjelaskan hanya 30 saat sahaja diperlukan untuk menggantikan bateri tanpa menggunakan sebarang peralatan.
Untuk korang yang ingin membeli KFC ini, hanya perlu berdiri berdekatan trak mini ini dan sensor-sensor akan bergerak balas untuk menghentikan pergerakan trak tersebut. Kemudian, pembayaran hanya boleh dibuat secara imbasan kod QR dan pintu akan dibuka untuk pelanggan mengambil sendiri makanan yang telah dibeli.
Wah, mudahnya!
Trak kecil Neolix ini adalah kenderaan smart yang dilihat bakal digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak lama lagi. Walaupun comel, tetapi ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini. Malaysia boleh!
Tapi bila agaknya KFC Malaysia akan jual ayam goreng macam ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah popular, Michael Ang tampil meluahkan rasa pelik terhadap segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak layak menikmati harga petrol murah hanya disebabkan mereka tiada lesen memandu.
Menerusi hantaran di Instagram, Michael Ang berkata dia agak keliru apabila ada golongan tertentu seperti ibu-ibu, warga emas dan penunggang motosikal yang membantah serta bersuara lantang tentang perkara berkenaan.
“Chop! Saya keliru. Kenapa banyak golongan ibu, pakcik-pakcik dan mat rempit membantah serta bising kerana tidak dapat harga minyak murah disebabkan tiada lesen.
“Kalau tiada lesen memandu, kenapa perlukan minyak? Bukankah jika mahu memandu, perlu ada lesen di Malaysia ini? Atau saya yang salah. Tolong jawab, mengapa anda semua bising?” tulisnya.
Menurutnya lagi, undang-undang di Malaysia sendiri jelas menetapkan bahawa setiap individu perlu memiliki lesen memandu sebelum dibenarkan menggunakan kenderaan di jalan raya. Maka, isu “tak dapat subsidi sebab tiada lesen” sepatutnya tidak timbul.
Sekadar info, topik berkaitan syarat memiliki lesen memandu ini kembali hangat diperkatakan selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI95.
Melalui skim tersebut, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.