
Aktres popular, Emma Maembong mengakui dirinya merupakan individu yang dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak sehingga tular di media sosial sejak semalam.
Menurut Emma, kehadirannya ke pusat hiburan yang terletak di Sibu, Sarawak itu adalah bagi tujuan merakam video muzik, selain mahu menyaksikan persembahan DJ Kidd yang juga merupakan teman lelakinya.
Tambah Emma, dia menyedari dirinya dirakam oleh pengunjung lain, namun memilih untuk tidak menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
Dalam masa sama, Emma turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran berkaitan insiden tersebut.
Terdahulu, media sosial kecoh sejak semalam apabila tular sebuah video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal didakwa mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak baru-baru ini.
Kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat dalam rakaman video berkenaan, dipercayai dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan peribadi. Tanpa menyembunyikan wajah, pelakon yang mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu turut dilihat melambai mesra membalas sapaan peminat yang menegurnya di pusat hiburan tersebut.
Difahamkan, video berkenaan dimuat naik oleh peminat yang berada di lokasi sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.