Baru-baru ini, seorang Jurutera Keselamatan Nuklear Malaysia, Dr Nur Shahidah Abdul Rashid berjaya mencuri perhatian apabila mencipta nama di peringkat antarabangsa dalam bidang kejuruteraan nuklear yang cukup kompleks dan berprestij.
Memetik laporan Mooda, wanita berusia 34 tahun ini merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Nuklear Lanjutan bagi Pengurusan Sisa Radioaktif dari Universiti Pohang Sains dan Teknologi (POSTECH), Korea Selatan, secara langsung meletakkan dirinya dalam kelompok pakar berkemahiran tinggi di dunia.
Lebih membanggakan, beliau kini berkhidmat di Perancis sebagai satu-satunya Jurutera Keselamatan Nuklear dari Malaysia, sekaligus membuktikan bahawa anak tempatan mampu menembusi industri global yang sangat kompetitif.
Ads
Menurut Dr Nur Shahidah, peluang yang diperoleh beliau bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu amanah besar yang menuntut tahap disiplin dan integriti yang tinggi dalam setiap tanggungjawab yang digalas.
“Saya bangga dan terharu kerana menjadi satu-satunya rakyat Malaysia di sini. Tapi rasa takut dan gementar pun ada kerana bertanggungjawab menjaga nama baik negara dan agama di mata dunia,” katanya.
Kini, beliau berkhidmat di Autorité de sûreté nucléaire et de radioprotection (ASNR), iaitu sebuah badan autoriti nuklear terkemuka di Perancis. Di sana, kepakarannya digunakan dalam pelbagai aspek kritikal termasuk semakan lesen reaktor modular kecil dan reaktor modular termaju.
Ads
Ads
Selain itu, beliau turut terlibat dalam analisis serta simulasi pencemaran radionuklid dan bahan kimia toksik terhadap alam sekitar dan manusia menggunakan perisian khusus, di samping merangka pelan keselamatan yang menyeluruh.
Di samping itu, pencapaian Dr Nur Shahidah jelas membuka mata orang ramai terutama anak muda bahawa bidang kejuruteraan nuklear memerlukan individu yang bukan sahaja genius dan berilmu, tetapi juga berani berdepan cabaran global, sekaligus mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang Pulau Jerejak, mungkin ada yang takut kerana sering mendengar kisah misteri yang berlaku di pulau ini.
Sebuah kecil yang terletak bersebelahan dengan bandar Pulau Pinang, Jerejak dahulunya pernah dijadikan tempat untuk menempatkan pesakit kusta. Malah, terdapat juga sumber yang mengatakan Jerejak pernah juga dijadikan tempat tahanan perang Asia.
Pulau Jerejak dijadikan penjara sejak tahun 1948 dan tempat bagi Bristish untuk menahan tahanan politik. Walau bagaimanapun, beberapa sumber mengatakan Pusat Pemulihan Pulau Jerejak memulakan operasinya pada Jun 1969 di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
Apa pun sejarah yang ada pada Pulau Jerejak ini, ia sudah menjadi tinggalan sejarah. Kini, pulau kecil ini merupakan salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang.
Malah, terdapat sebuah resort & spa yang cantik boleh dijadikan sebagai tempat penginapan korang sekiranya berkunjung ke sini.
Terbaru, Jerejak sudah pun menampilkan ‘wajah baru’ dengan penambaikan tempat mereka menjadi lebih menarik dan tarikan kepada pelancong.
Kredit: Instagram @khongkelvin
Selain daripada tempat merehatkan minda, nampaknya ada lebih banyak spot cantik untuk korang mengambil gambar OOTD.
Tak percaya? Jom kita lihat antara gambar-gambar Pulau Jerejak yang baru, yang telah dikongsi di laman sosial.
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam tadi.
Ia selepas gandingan itu gagal menampilkan prestasi terbaik mereka untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan di final acara berkenaan yang berlansung di Pusat Akuatik Hamad.
Tempat pertama menjadi milik pasangan China, Chen Yuxi-Quan Hingchan yang mengumpul keseluruhan 362.22 mata keseluruhan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disambar pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) dan gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).
Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris.
Pada Ahad, Pandalela yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10m platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata, sekali gus gagal ke separuh akhir.
Sebelum ini, pasangan penerjun negara ini berjaya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia.
Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal invidu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stadium Olimpik kembali menjadi saksi kehebatan atlet paralimpik Malaysia.
Pingat emas yang pernah diperolehi atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Rio lima tahun lalu menerusi acara lontar peluru F20 telah berjaya dipertahankan di Tokyo 2020 sebentar tadi menerusi lontaran sejauh 17.94 meter.
Ini sekaligus menjadikan Ziyad sebagai wakil Malaysia pertama dalam sejarah yang berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik selama dua kali berturut-turut.
Tambah manis lagi apabila Ziyad turut mencatatkan rekod dunia baharu sekaligus memecahkan rekod kebangsaan yang pernah dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada tahun 2011.
Ziyad meninggalkan dua orang pesaing terdekatnya dari Ukraine dengan agak jauh. Pingat perak dimenangi Maksym Koval dengan lontaran 17.34 meter manakala Oleksandr Yarovyi berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan lontaran 17.30 meter.
Ini juga merupakan pingat emas kedua dan pingat ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Emas pertama telah disumbangkan oleh atlet powerlifting, Bonnie Bonyun Gustin, manakala sebutir pingat perak juga hadir dari arena powerlifting semalam menerusi Jong Yee Khie.
Tentunya, rakyat Malaysia sedang meraikan kecemerlangan Ziyad ini yang dianggap sebagai hadiah terindah buat negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 pada hari ini. Tahniah Ziyad Zolkefli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!