Lesego Chombo, seorang wanita muda yang penuh iltizam dan dedikasi, kini mencipta sejarah sebagai menteri termuda dalam Kabinet Botswana selepas dilantik mengetuai Kementerian Belia dan Hal Ehwal Jantina pada November 2024 pada usia 26 tahun.
Dilahirkan pada 16 April 1998 di perkampungan Shorobe, daerah Barat Laut negara itu, Lesego membesar dalam suasana sederhana namun sarat dengan nilai murni dan keteguhan budaya.
Beliau memulakan langkah awal dalam bidang akademik dengan melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Botswana. Apa yang jelas sejak dibangku universiti sifat kepimpinannya sudah menyerlah.
Selesai pengajian, Lesego meneruskan kerjaya sebagai peguam di firma Baliki Corporate Law dan kemudian di Kebabonye Business Law. Fokus beliau tertumpu kepada pemerkasaan komuniti terpinggir serta memperjuangkan keadilan sosial.
Pada masa sama, beliau menzahirkan aspirasi untuk menubuhkan firma guamannya sendiri demi menyediakan akses perundangan kepada golongan rentan.
Namun, bukan sekadar dunia guaman sahaja yang diceburi. Dunia glamor turut menyaksikan kelibatnya apabila beliau dinobatkan sebagai Miss Botswana 2022, sebelum mengharumkan nama negaranya di pentas Miss World 2023.
Ads
Dalam pertandingan itu beliau bukan sahaja berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 4 peserta terbaik malahan berjaya membawa pulang gelaran Miss World Africa 2024.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama BBC di ibu pejabat kementeriannya di Gaborone, Chombo menyatakan keterujaannya terhadap kepercayaan yang diberikan.
“Saya tidak pernah rasa sebegini bangga menjadi orang muda. Saya seorang anak muda yang tinggal di Botswana, yang amat bersemangat tentang pembangunan belia, kesaksamaan jantina, dan juga sangat mengambil berat tentang pembangunan kanak-kanak,” ujarnya.
Apa yang mengejutkan ramai ialah, gadis berusia 27 tahun ini sebenarnya tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Pilihan Khas, satu peruntukan istimewa yang membolehkan Presiden melantik individu luar untuk menyumbang dalam pembangunan negara.
“Saya dilantik oleh seorang Presiden yang tidak pernah pun bertemu dengan saya sebelum ini,” ujarnya, menggambarkan betapa pelantikan itu datang tanpa dijangka.
Kini, beliau menjadi satu daripada hanya enam wanita dalam barisan 69 ahli Dewan Negara Botswana, satu statistik yang jelas menunjukkan jurang jantina dalam politik negara itu, namun kehadirannya membawa sinar perubahan.
Ads
“Miss World dan seluruh perjalanan yang saya sangkakan sebagai destinasi terakhir saya, rupa-rupanya hanyalah platform yang memperkenalkan saya kepada peranan yang sedang saya pikul hari ini,” tambahnya.
Dalam peranan baharunya, Lesego memberi tumpuan kepada isu-isu besar yang mencengkam generasi muda dan wanita termasuk pengangguran belia, pemerkasaan ekonomi, serta pembanterasan keganasan berasaskan gender.
Di samping tugas rasmi, beliau menubuhkan Lesego Chombo Foundation, sebuah yayasan yang menjalankan projek komuniti melalui inisiatif Beauty with a Purpose.
Salah satu program utama yayasan itu ialah The Genesis Project, yang menyasarkan pembangunan kanak-kanak kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sokongan sosial.
Lesego Chombo kini menjadi lambang kebangkitan wanita Afrika moden yang cerdas, berprinsip, serta mampu menjangkaui batas tradisi demi membina masa depan yang lebih inklusif, adil dan progresif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) tersohor tanah air, Soloz menyifatkan kemenangan team Selangor Red Giants (SRG) di Mid Season Cup (MSC) telah mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap industri e-sukan di Malaysia.
Kata Soloz atau nama sebenar Muhammad Faris Zakaria, beliau menitipkan harapan agar e-sukan di negara ini akan terus berkembang pesat sekali gus dapat diangkat sebagai salah satu sukan utama.
“Kita dapat lihat jumlah hadiah sekarang pun sudah semakin naik dari zaman saya dulu dari RM50,000 hingga sekarang dah masuk angka berjuta.
“Perkembangan ini saya rasa akan bantu ekosistem (sukan) di Malaysia sebab ia melibatkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran minuman baru Kopi Saigon Dark System Series.
Dalam pada itu, Soloz ketika ditanya perkembangan dirinya yang terkini menyatakan beliau merancang menubuhkan pasukan MLBB bersama rakan kongsinya yang lain untuk bersaing dalam saingan Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL MY) musim ke-14 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.
“Untuk musim depan saya dan pemegang taruh yang lain dah beli slot KGE. Kita hanya beli slot sahaja, bukan ambil alih pasukan itu.
“Jadi nama apa, atau senarai pemain akan diberitahu kemudian dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat,” tuturnya lagi.
Terdahulu, SRG berjaya mengharumkan nama negara apabila menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan di kejohanan MLBB 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad lepas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini mengumumkan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan kekal pada 27 Mei 2024 biarpun ada rayuan untuk tarikh itu dianjak lebih awal ke hadapan.
Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar Kementerian Pelajaran (KPM) mengeluarkan slip keputusan SPM pada 23 Mei. Ini kerana tarikh 27 Mei jatuh pada minggu cuti persekolahan yang akan bermula pada 25 Mei.
Menurut setiausaha Agong NUTP iaitu Fouzi Singon, guru-guru sebahagiannya telah membuat perancangan awal sempena minggu tersebut sebelum tarikh keputusan SPM diumumkan KPM.
Fadhlina ketika ditemui rakan pemberita berkata pihak KPM telah mengambil maklum semua pandangan termasuk daripada pihak guru seluruh negara.
Namun, KPM memutuskan untuk mengekalkan tarikh keputusan SPM pada 27 Mei sebagaimana yang telah diumumkan.
“Guru-guru yang telahpun merancang percutian, teruskan. Tiada masalah. Kita akan pastikan keputusan ini (pelajar) boleh dapatkan secara dalam talian dan secara SMS.
“Mana-mana anak-anak yang memerlukan bantuan kerana tiada akses kepada sistem dalam talian dan sebagainya, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah yang terdekat.
“Jadi pihak pentadbir kena uruskan (persediaan hari tersebut). Kita bagi masa tiga minggu untuk uruskan semua keputusan tersebut.
“InsyaAllah semua akan berjaya dengan cemerlang. Dan cikgu-cikgu, selamat bercuti,” ulasnya.
Tambah Fadhlina, tarikh tersebut dikekalkan juga kerana KPM perlu memastikan calon SPM 2023 mempunyai masa mencukupi bagi membuat persiapan memasuki peringkat UPU.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, sudah pasti bukan setakat para guru yang seronok nak meraikannya. Malah, para pelajar juga ada yang excited untuk membeli hadiah bagi menghargai jasa seorang yang bergelar pendidik.
Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok @nurashikindin yang berkongsi kisahnya membeli barang perhiasan gelang tangan untuk diberikan kepada 10 orang guru kepada anaknya sempena sambutan hari guru.
Kredit: Tiktok nurashikindin
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya”
Difahamkan, ia sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa. Malah, hadiah yang diberikan agak menarik dan kadang-kadang disediakan dalam kuantiti yang banyak.
Dia juga sempat berterima kasih kepada pekerja kedai barangan perhiasan berkenaan kerana membungkuskan hadiah-hadiah tersebut dalam keadaan yang cantik.
Kredit: Tiktok nurashikindin
Di dalam ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan Ashikin kerana kesungguhan dan kesanggupan mereka sekeluarga menyediakan hadiah istimewa dan agak mahal itu buat guru-guru anaknya.
Bak kata orang, kalau ada rezeki lebih itu memang seronok untuk dikongsi gitu!
Kredit: Tiktok nurashikindin
“Bapakkkkkkk, betul orang kaya ni, cikgu2 dapat cincin habib.. 😭” – @ainaa_ismail96
“bukan adik ni yang viral bagi beg smiggle dlu tu ke..🥰” – @yatieyat23
“Saya baru pesan kat anak murid saya..jangan bagi hadiah dekat saya kalau tak mampu..cukup belajar rajin2..sebab saya sekolah kampung. saya takut susahkan waris.. Lagipun dia orang dah banyak habis duit beli buku kerja..harap depa berjaya” – @asmak_84
Dalam pada itu, menurut Ashikin sebelum ini abang kepada anaknya, Hafiz Harith pernah tular memberikan hadiah barangan jenama Smiggle kepada rakan kelas dan juga barangan jenama Kate Spade kepada guru sekolah sebelum berpindah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!