
Cuaca panas yang semakin terasa sekarang nampaknya bukan sekadar ‘panas biasa’. Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah awal bagi melindungi kesihatan murid apabila sesi persekolahan dibuka semula minggu hadapan.
Langkah ini dilihat sebagai persediaan penting bagi menghadapi cuaca panas yang dijangka berterusan, selain memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa terjaga sepanjang berada di sekolah.
Selain itu, pihak kementerian juga akan memantau sebarang aktiviti yang berpotensi mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi mengelakkan risiko kesihatan.
Bagi murid asrama pula, KPM akan menyediakan bekalan air minuman sekiranya keadaan menjadi kritikal dan tiada sumber lain tersedia.
Tidak hanya itu, kerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan turut diperkukuhkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang komplikasi akibat cuaca panas.
Jadi, untuk semua pelajar di luar sana jangan lupa minum air secukupnya dan jaga diri, okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.