Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?
Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.
Ads
1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
Kredit foto: Instagram Linda Onn
2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)
Kredit foto: Instagram Datuk Sheila Majid
3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)
Kredit foto: Instagram Yatt Hamzah
5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
Kredit foto: Instagram Izzue Islam
6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)
Kredit foto: Instagram Ella
7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)
Kredit foto: Instagram Linda Jasmin
8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)
Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Fazura dan Fattah Amin. Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Ads
Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada Hael Husaini dan Ezra Kong kerana masih mengekalkan kejuaraan di Anugerah Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut.
Tahun lepas menyaksikan lagu Jampi mendapat tempat di hati juri dan terbukti gandingan dua pemuda ini mempunyai chemistry yang sangat baik. Bukan saja mampu mencuri hati peminat, malah tidak juga disangkal oleh para juri.
Anugerah Juara Lagu 33 sekali lagi menempatkan penyanyi Hael Husaini sebagai Juara dan kali ini digandingkan bersama Dayang Nurfaizah dalam lagu Haram.
Kemenangan ini diterima baik oleh penonton kerana sememangnya lagu ini layak bergelar juara. Bakat dan kebolehan Hael Husaini sendiri memang tidak boleh dinafikan kerana bukan saja lagunya sendiri, malah anak muda ini juga banyak menyumbangkan hasil karyanya kepada penyanyi lain, antaranya Nabila Razali dan Aisyah Aziz.
Apa yang menarik perhatian kami, seorang pengguna Twitter, Khairul Izuddin pagi ini telah berkongsi satu video lama di mana ketika itu Hael melalui satu sesi ujibakat bagi satu program realiti TV tapi dia telah di reject dan dihentam oleh juri.
Years ago he had been rejected.
Today he shared the same stage with Syafinaz.
Best definition of lesson learned.#AJL33pic.twitter.com/Fswlx9hE2f
Lebih menarik lagi, pada ketika itu salah seorang juri yang menghakimi nyanyinya adalah Dato’ Syafinaz, yang juga bersama-sama beraksi di atas pentas dalam persembahan lagu Hajat malam semalam.
Ternyata sikap tidak putus asa Hael Husaini perlu diberi pujian kerana untuk dia mencapai tahap hari ini, sudah pasti tidak mudah dan banyak yang harus dilaluinya.
Daripada bergerak solo, kemudian berdua, dan kini menjadi penyanyi solo semula, barulah bakat Hael betul-betul dilihat dalam industri.
Apa-apa pun kami mengucapkan tahniah buat Hael Husaini atas kemenangan ini dan kerana tiga lagu ciptaannya juga turut tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 33.
Semoga Hael terus menghasilkan karya yang baik serta mampu mengharumkan industri muzik tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa gunanya kuasa media sosial jika tidak digunakan sebaiknya, kan?
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi topik perbualan warganet setelah beliau memulakan sebuah kempen media sosial demi membantu masyarakat di kawasan pentadbirannya.
Kempen yang digelar #BotakChallenge ini memerlukan orang ramai menderma kepada sebuah tabung kebajikan secara atas talian sekiranya mereka ingin melihat Syed Saddiq menggayakan stail rambut botak.
Kempen ini diinspirasikan daripada ‘ice bucket challenge’ yang pernah tular sekitar tahun 2018 di Malaysia. Namun #BotakChallenge mempunyai misinya sendiri untuk membantu masyarakat Muar yang memerlukan.
Menurut beliau di akaun Twitter, mereka ingin cuba memperolehi dana sebanyak RM200,000 bagi membeli 100 buah komputer riba yang berharga RM2000 setiap satu.
Komputer riba itu kemudian akan diagihkan kepada penerima yang layak berdasarkan kepada sistem data yang telah mereka kumpulkan sebelum ini. Setakat 24 jam selepas cabaran itu dimulakan, pihak #BotakChallenge telahpun berjaya mengumpulkan RM61,410!
Not bad for a social media challenge.
Di antara golongan yang layak memohon bantuan ini adalah pelajar universiti kelahiran Muar, Johor yang mempunyai jumlah pendapatan rumah kurang daripada RM1500. Buat masa ini, mereka menfokuskan kepada kuota 1 kediaman, 1 komputer riba.
Selain mendermakan dana, orang ramai juga boleh menyumbang dengan menghulurkan barangan (in-kind) dan juga komputer riba terpakai.
Saya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 dlm 5 hari utk program 1 Keluarga 1 Laptop.
Seperti biasa, apabila seorang figura am seperti Syed Saddiq memulakan kempen yang mendapat perhatian orang ramai, tentunya akan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dan mendakwa ia hanyalah sebahagian daripada cubaan publisiti oleh parti yang dikendalikannya, MUDA.
Beliau tidak mudah melatah dan menyatakan objektif mereka jelas iaitu untuk membantu masyarakat Muar sebanyak mungkin.
“Membotakkan kepala ini hanyalah cara mempromosikan kempen. Apa yang lebih utama adalah kami mengajak lebih ramai pihak untuk menjana dana bantuan. Sekiranya kita berjaya mencapai sasaran, saya akan membotakkan kepala saya.
“Kami selalu ingin mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan program mengumpul danalebih menyeronokkan di samping mengajak lebih ramai orang menyertainya. Who says doing fundraising cannot be fun,” jelas beliau.
*
Tinjauan REMAJA di akaun Twitter beliau juga melihatkan reaksi orang ramai mengenai cara yang harus beliau cuba untuk membotakkan kepala.
Ada yang mencadangkan beliau harus tampil botak mengikut peringkat dana. Ada juga yang mencadangkan jenis pencukur yang boleh beliau cuba. Macam-macam ya korang!
Jika sebelum ini harga pasaran bagi pelitup muka agak terlalu tinggi, kini harga maksimum face mask tiga lapis jenis pembedahan dan perubatan di peringkat borong dan runcit akan diturunkan kepada 70 sen daripada RM1 sekeping.
Harga baru ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan akan berkuat kuasa mulai awal bulan hadapan.
Bagi harga maksimum peringkat borong, ia akan diturunkan daripada 95 sen kepada 65 sen seunit, manakala di peringkat runcit membabitkan penurunan daripada RM1 kepada 70 sen.
Kredit foto: millstonenews.com
KPDNHEP membuat kajian semula harga pelitup muka membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama penggunaan pelitup muka secara berterusan.
Selain itu, harga borong pelitup muka satu lapis jenis sama yang mempunyai gelung telinga dijual 5 sen dan 7 sen di peringkat runcit. Bagi pelitup muka dua lapis jenis sama, katanya ia dijual 16 sen di peringkat borong, manakala 20 sen di peringkat runcit.
Bagi memastikan bekalan mencukupi dan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan, pihak KPDNHEP sentiasa akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di semua premis perniagaan serta kedai dalam talian.
Berdasarkan operasi dijalankan, beliau mendapati pematuhan yang sangat memuaskan di mana hampir semua peniaga menjual pelitup muka sama ada pada paras harga maksimum RM1 seunit atau lebih rendah daripada itu.
Baguslah jika ramai peniaga yang tidak mengambil kesempatan menjual pelitup muka dengan harga yang mahal. Kita semua sedia maklum dengan kehidupan norma baharu sekarang, masyarakat diwajibkan untuk memakai pelitup muka bagi mencegah virus daripada menular. Bukan semuanya berkemampuan dan diharap agar usaha ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban ramai pihak.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.