
Semangat kental seorang lelaki cacat penglihatan yang berjaya menamatkan larian sejauh 21 kilometer (km) nyata menyentuh hati ramai warganet.
Kisah inspirasi itu dikongsikan menerusi akaun TikTok milik Adry Fazmi, yang memaparkan lelaki tersebut gigih berlari sambil dibantu oleh ahli keluarga serta rakan-rakan tersayang sepanjang acara berlangsung.
Dalam klip berkenaan, lelaki itu turut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya menamatkan larian yang disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa dalam hidupnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan terharu terhadap semangat luar biasa lelaki tersebut, malah memuji keikhlasan insan-insan tercinta yang sentiasa berada di sisi.
“Awak istimewa dik, berjaya menamatkan larian serta dikelilingi kawan-kawan positif yang bagi semangat. Tahniah!” komen pengguna bernama Zura Zainal.
“Kamu sudah menang dalam hidup bang sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang baik macam itu. Semoga sentiasa dirahmati,” tulis pengguna yang lain.
“Terharu betul dengan semangat dia. Tahniah untuk keluarga dan kawan-kawan awak dik yang terus kekal sehingga garisan penamat. Bangga dengan anda semua,” balas seorang lagi pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Adry Fazmi