
Berita baik buat peminat kumpulan Kpop popular Blackpink, grup yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini khabarnya sudah menyelesaikan proses rakaman album terbaru mereka.
Menurut laporan Star News, Blackpink baru sahaja selesai merakamkan lagu baru mereka dan kini sedang menjadualkan tarikh penggambaran bagi muzik video lagu tersebut.
Mereka akan menjalani penggambaran MV pada bulan Mei dan kemudiannya akan membuat come back pada awal atau pertengahan Jun nanti.

Namun, pihak pengurusan mereka, YG Entertainment masih belum dapat memberikan tarikh sebenar untuk pelancaran album terbaru itu dan akan mengumumkan secara rasmi kepada para peminat jika sudah mempunyai tarikh tetapnya nanti.
Wah, daebak! Baguslah tu, lagi pun lagu Kill This Love pun dah dilancarkan pada setahun yang lepas, jadi sesuai sangatlah kalau mereka nak keluar dengan single terbaru.
Sudah tentu khabar baik ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh peminat kumpulan Blackpink yang pastinya sudah tertunggu-tunggu kehadiran mereka semula dalam industri hiburan.



Tazabarrr!
Sumber: allkpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Bintang Hollywood Dengan Bayaran Tertinggi, Berapa Gaji Dwayne Johnson?

Hollywood dianggap sebagai industri filem tertua di mana studio filem dan syarikat produksi terawal muncul, ia juga merupakan tempat kelahiran pelbagai bintang popular dunia.
Walaupun era digital telah merubah beberapa langskap industri, namun industri perfileman masih lagi mempunyai tempat di hati para peminatnya yang tersendiri. Saban tahun kutipan filem mencecah taraf Box Office untuk filem-filem tertentu dan semakin bertambah kutipannya jika sesebuah filem itu mempunyai pelakon yang bertaraf A.
Sudah tentu la bayaran yang diterima oleh pelakon juga berdasarkan sambutan filem yang dilakonkan dan diterima oleh orang ramai. Disini kami senaraikan 10 artis yang dibayar dengan begitu lumayan:
10. Jackie Chan

Sudah lama berkecimpung di dunia filem, jadi tak hairan lah kalau bayarannya mencapai 40 juta Dollar
9. Adam Sandler

Sering muncul di Netflix. Bukan main-main, dirinya dibayar 41 juta Dollar untuk satu filem saja, hebat!
8.Will Smith

Ayah kepada Jaden ini bukan hanya berbakat dalam berlakon, bahkan turut berlibat dalam mengendalikan iklan. Kadar bayarannya dilaporkan sebanyak 44,5 juta Dollar.
7.Lin-Manuel Miranda

Bintang Broadway, Lin-Manuel Miranda mendapat bayaran 45,5 juta Dollar dalam filem In the Heights.
6. Akshay Kumar

Merupakan satu-satunya bintang Bollywood dalam list ini, Merekod 48,5 juta Dollar, ia juga aktif dalam iklan.
5. Vin Diesel

Walaupun filem terbaru Fast and Furious ditunda, hal itu gak membuat kewangan Vin Diesel terganggu. Bayarannya sampai 54 juta Dollar
4. Ben Affleck

Ben Affleck dibayar sebanyak 55 juta Dollar, terkini dirinya membintangi The Last Thing He Wanted di Netflix.
3.Mark Wahlberg

Bintang Deepwater Horizon, Mark Wahlberg, dibayar dengan nilai 58 juta Dollar sekali melakonkan watak. Khabarnya kini dia sedang sibuk memproduksi docuseries.
2. Ryan Reynolds

Ryan Reynold kini dikatakan menjadi anak emas Netflix, disebabkan siri Six Underground dan Red Notice. Bayarannya mencapai 71.5 juta Dollar
1. Dwayne Johnson

Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya. Beliau menerima bayaran tertinggi selama dua tahun berturut-turut sebanyak USD 87,5 juta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Min Ho Masih No.1 Di Dunia, Kekal Takhta ‘Pelakon Korea Paling Dicintai’ 12 Tahun Berturut-Turut

Walaupun filem terbarunya yang bernilai 50 bilion Won ‘Ask the Stars’ kurang menyerlah di layar perak, pelakon Lee Min-ho tetap membuktikan dirinya sebagai ‘King of Hallyu’ sejati apabila dinobatkan sebagai pelakon Korea paling dicintai oleh peminat di seluruh dunia selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan ‘2025 Overseas Korean Wave Survey’ (per 2024) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Agensi Promosi Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea, populariti Lee Min Ho tidak pernah surut sehingga hari ini.
Apa yang lebih menarik, pelakon kacak itu turut meraih tempat pertama dalam kategori pelakon dengan angka populariti yang mengagumkan di 28 negara seluruh dunia, termasuk dari benua Asia, Eropah, Amerika, Timur Tengah hingga ke Afrika.


Sejak kajian ini dimulakan pada tahun 2014, Lee Min Ho yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu kekal di takhta selama lebih sedekad dan menewaskan nama-nama bintang besar Korea lain dengan kelebihan yang luar biasa.
Nama beliau bukan sahaja hangat di beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand tetapi pengaruhnya juga meletup di negara-negara Timur Tengah seperti UAE dan Arab Saudi, malah sampai ke Mesir dan benua Afrika sekaligus membuktikan pelakon drama ‘The King: Eternal Monarch’ dan ‘Pachinko’ ni memang luar biasa.
Dalam pada itu, selain bergelar pelakon, beliau juga dikenali sebagai lifestyle icon dan menjadi wajah utama kepada lebih 100 jenama antarabangsa. Dari fesyen ke kecantikan, automotif dan gaya hidup.


Kehadirannya yang aktif di media sosial pun terus mencuri perhatian peminat dari pelbagai negara, menjadikan Lee Min Ho kekal relevan sebagai ‘top trend’ setiap masa.
Untuk perkembangan terkini, Lee Min Ho bakal muncul dalam adaptasi novel web terkenal ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ yang diarahkan oleh Kim Byung-woo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kenapa Orang Hina Kau Sampai Begini..” Keluarga Paling Terkesan Bila Nadeera Zaini Digelar B*B*

Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Big Stage 2023 Jadi Milik Nadeera Zaini, Ramai Terkejut Putera Muhammad Sekadar Di Tangga Ketiga – REMAJA

Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.
“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
“Mak ayah saya menangis. Makcik saya pun menangis dan menelefon. Katanya, ‘Kenapa ramai saya orang menghina kau sampai macam ini’. Memang sedih bila mereka adalah individu paling terkesan, tetapi saya cuba tabahkan mereka kerana ini adalah asam garam perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Nak ‘Babap’ Siapa Cakap Awak Tak Cantik!” Nadeera Zaini Sebak Dengar Teguran Ajai – REMAJA

Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle Nadeera sepanjang bergelar anak seni..
“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

