
Happy birthday Shawn Mendes!
Pejam celik, pejam celik, penyanyi yang popular dengan cukup banyak lagu termasuk hit terbarunya, ‘In My Blood’ telah menyambut hari lahirnya yang ke-20 pada 8 Ogos yang lalu.
Siapa sangka penyanyi muda yang berasal dari Kanada ini yang mula memuat naik lagu-lagu nyanyiannya menerusi aplikasi Vine pada tahun 2013 menjadi satu nama yang sangat popular dalam industri nyanyian.


ARTIKEL BERKAITAN: Muzik Video ‘Happier’ Ed Sheeran Versi Wayang Kulit Sempena Hari Malaysia
Dia yang juga menjadi satu-satunya penyanyi pertama berjaya mendapatkan kedudukan pertama menerusi empat lagu berbeza dalam carta Adult Pop Song Chart Billboard sebelum mencapai umur 20 tahun.
Menerusi laman Twitter-nya, Shawn Mendes mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan dan peminat yang menguapkan selamat hari lahir kepadanya.
Dan di laman media yang sama juga ramai rakan-rakan artis serta superstar turut mengambil peluang mengucapkan hari lahir kepadanya. Artis seperti Camila Cabello, Niall Horan, Kevin Abstract, Ellen DeGeneres dan ramai lagi.







Dan berkebetulan, Editor REMAJA iaitu Fz Aimman turut menyambut hari lahirnya semalam.

Jadi dari team REMAJA, kami ucapkan, HAPPY BIRTHDAY guys! Semoga terus sukses dan happy sentiasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Puasalah Pada Hari Arafah, Dosa Kita Akan Diampunkan Setahun Lalu & Akan Datang

Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Haji. Bagi negeri di Pantai Timur, sambutan hari raya haji disambut meriah. Malah sehari sebelum tibanya hari raya korban itu, bagi jemaah yang berpeluang menunaikan fardu haji, tarikh 9 Zulhijjah (bersamaan hari Sabtu 10 hb Ogos) amat penting buat mereka.
9 Zulhijjah yang juga disebut hari wukuf adalah tarikh penting kerana semua termasuk jemaah yang uzur akan dibawa ke Padang Arafah untuk melaksanakan satu rukun haji iaitu berwukuf di Padang Arafah.
Amalan wukuf adalah satu perhimpunan besar manusia dengan bahang terik mentari di Padang Arafah, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredhaan Ilahi. Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi setiap manusia untuk dihisab segala amalan diri di Padang Mahsyar kelak.
Oleh itu, setiap insan wajib muhasabah diri dan juga bertaubat terhadap segala dosa sebelum Allah pamerkan segala dosa tersebut di hadapan jutaan manusia di Padang Mahsyar itu.
Sebab itulah dalam apa jua keadaan pun, setiap jemaah yang keuzuran akan dibawa juga ke Padang Arafah dan jika tidak ibadah haji itu tidak lengkap sepenuhnya dan perlu mengulanginya semula. Malah ia juga adalah penanda berakhirnya musim haji selesai wukuf di Padang Arafah.
Sesuatu yang harus difahami, bagi yang tidak berkesempatan atau belum berpeluang menunaikan haji, 9 Zulhijjah itu tidak harus dipandang enteng atau mudah kerana kita digalakkan untuk berpuasa sunat Arafah selain berdoa kepada Allah kerana dikatakan doa lebih makbul pada hari wukuf ini.

Jika seseorang itu berpuasa di Hari Arafah, berdasarkan sabda Rasulullah SAW.
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Menurut Najiq Masjid Al Khadijiah, Ustaz Shahril bin Abd Samad ketika dihubungi, umat islam digalakkan berpuasa pada hari tersebut bersandarkan hadis sohih Riwayat Muslim.
“Berpuasa pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa yang akan datang.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
Jelas Ustaz Shahril lagi, sesiapa yang memilih berpuasa pada Hari Arafah ini adalah satu tanda nikmat Allah kurniakan buat semua hamba-hambaNya.
“Mungkin ramai yang tidak menyedarinya atau masih belum bersedia, namun seandainya kita terus diberi kesempatan usia dan kesihatan, adalah sebaik-baiknya kita berpuasa pada hari Arafah.
“Bersandarkan hadis ini, ia menghapuskan dosa kita setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ternyata rahmat Allah itu cukup besar buat umatNya,”katanya lagi.
Dalam pada itu, jelas Ustaz Shahril, umat islam disarankan berdoa dan memintalah seberapa banyak dan insya Allah, setiap doa-doa itu diterima Allah taala,’ katanya lagi.
“Di hari Arafah ini selain berdoa meminta yang baik-baik untuk diri, ahli keluarga, orang yang kita sayang, muslimin dan muslimat di seluruh dunia, kita juga disunatkan membuat 12 perkara pada hari Arafah ini.
Antaranya bangun awal pagi, tahajud, solat taubat, solat subuh berjemaah, berzikir dan berdoa, mengeratkan ukhwah dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Shahril menjelaskan, Padang Arafah adalah tempat pertama Nabi Adam dan Hawa dipertemukan kembali selepas kedua-duanya dikeluarkan dari syurga Allah.
“Arafah dari sudut lain membawa maksud mimpi. Ia berkaitan dengan mimpi Nabi Ibrahim yang disuruh menyembelih anaknya Nabi Ismail yang kemudian menjadi ibadah korban yang kita raikan sehingga kini,” katanya lagi.
Insya Allah kalau hari tersebut kita tiada kesempatan dan jika usia dilanjutkan ke tahun hadapan, jangan lupa berpuasa dan berdoa ya. Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada bersama kita semua sehingga ke hari akhirat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siram Air & Tabur Bunga Atas Kubur, Ramai Orang Buat Tapi Tahu Tak Hukumnya?

Setiap kali berlaku kematian, pasti kita akan dapat melihat pusara ditabur bunga dan disiram air oleh ahli keluarga sebaik habis bacaan talkin dilakukan.
Hal yang sama dapat dilihat ketika seseorang menziarahi kubur selain mengadakan membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.


Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan. Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Sumber : FB Ustaz Azhar Idrus (original)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asyik Pakai Baju Sama Je, Cuba 4 Gaya Ini Berdasarkan Dating Plan Korang

Biasalah, hujung minggu adalah masa terbaik untuk pergi dating; because everyone is so busy liddat.
Setiap kali nak keluar, mesti korang confuse untuk pakai stail baju bagaimana. Ataupun baju yang dipakai asyik korang recycle. Remaja ada 4 cadangan stail apa yang terbaik untuk korang weekend ini berdasarkan perancangan date yang korang pilih.
01
Casual Brunch

Terlambat bangun pada hari Ahad? Tak mengapa, kamu masih boleh hangout untuk waktu Brunch pada tengah hari. Nak nampak smart tetapi masih kasual dah tak terlalu mencuba. Takut nanti orang kata poyo pula kan.
Apa kata korang padankan sweater dengan rekaan grafik seperti stripe dengan kaca mata polarized Sembonia bercorak leapord.
02
Movie Date

Selepas waktu makan tengah hari adalah antara masa terbaik untuk korang ajak pasangan masing-masing pergi menonton filem yang baru ditayangkan di pawagam. Sudah tentu, baju bersaiz besar dan sedikit tebal menepati keadaan pawagam yang sejuk sentiasa.
Lilitkan pula jaket sampingan di pinggang sebagai satu lagi lapisan ekstra sekiranya masih tak tahan dengan suhu sejuk. Sebelum ke sana, padankan saja kaca mata hitam polarized Sembonia.
Perhatikan kepada pemilihan corak pada model. Warna solid dicampurkan dengan corak pada head band, skirt dan kaca mata agar look korang tak nampak sarat.
03
Tea Date

Sesiapa saja mesti sukakan date bertemankan matahari terbenam (dan bersama pasangan, OF COURSE). Go casual, tapi masih memberi impak. Contohnya dengan pemilihan warna solid yang terang lagi jelas, seperti merah, hijau dan putih pada model. Bukan saja T-shirt bagus untuk menangani masalah cuaca panas semasa waktu senja, tetapi ia juga demi keselesaan kamu bergerak ke sana-sini.
Jangan lupakan kaca mata polarized dari Sembonia. Pilih saja rekaan hitam matte bagi memberikan efek tegas dan wow.
04
Dinner Date

Malam bermakna stail yang lebih glamor? Mungkin juga, tetapi janganlah sampai korang tak dapat menjadi diri sendiri. Padankan sweater turtleneck dengan skirt polos untuk kelihatan kasual dan glamor. Perlukan sarungkan kaca mata hitam?
Why not jika kamu selesa dengannya. Lagipun, ia adalah salah satu aksesori wajib untuk trend masa sekarang especially kaca mata polarized baby pink dari Sembonia
Jadi, mana satu gaya baju & kaca mata polarized yang paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

