Sejarah baharu tercipta dalam arena politik Amerika Syarikat apabila Abdul El-Sayed, 42, muncul sebagai individu beragama Islam pertama yang berjaya dipilih menganggotai Senat negara itu selepas memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 di Michigan.
Calon Parti Demokrat itu berjaya menewaskan pencabarnya daripada Parti Republikan, Mike Rogers, sekali gus mencatatkan pencapaian bersejarah dalam landskap politik Amerika Syarikat yang selama ini belum pernah menyaksikan seorang Muslim dipilih sebagai senator di peringkat persekutuan.
Kemenangan tersebut bukan sahaja membuka lembaran baharu buat komuniti Muslim di Amerika Syarikat, malah menjadi perhatian dunia susulan kempen pilihan raya yang menyaksikan beliau berdepan pelbagai kritikan dan serangan berkaitan identiti serta pegangan agamanya.
Siapa Abdul El-Sayed?
Dilahirkan di Amerika Syarikat dan mempunyai darah keturunan Mesir, Abdul El-Sayed merupakan anak kepada keluarga imigran yang membina kehidupan di negara berkenaan.
Sebelum menceburi arena politik secara lebih serius, beliau terlebih dahulu membina kerjaya dalam bidang kesihatan awam dan pernah berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Detroit, Michigan.
Menariknya, kemenangan kali ini turut menjadi pencapaian penting dalam perjalanan politik beliau selepas pernah tewas dalam pemilihan calon gabenor Michigan bagi Parti Demokrat pada 2018.
Lapan tahun kemudian, beliau kembali dengan pendekatan kempen yang memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup, akses penjagaan kesihatan serta pengaruh wang korporat dalam sistem politik.
Antara dasar utama yang diperjuangkannya termasuklah Medicare for All, iaitu cadangan sistem penjagaan kesihatan sejagat yang dibiayai kerajaan bagi memperluas akses rawatan kepada rakyat Amerika Syarikat.
Ads
Pengalaman dalam bidang kesihatan awam turut menjadi antara aspek penting yang membentuk pendekatan politik beliau, khususnya dalam memperjuangkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses oleh masyarakat.
Berjaya Menang Walaupun Berdepan Serangan Berkaitan Agama
Perjalanan Abdul El-Sayed menuju kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah apabila identiti beliau sebagai seorang Muslim turut menjadi antara isu yang dibangkitkan sepanjang kempen pilihan raya.
Menurut laporan Associated Press (AP), Presiden Donald Trump dan beberapa pemimpin Republikan berulang kali mengaitkan beliau dengan organisasi pengganas, walaupun dakwaan berkenaan tidak disokong oleh bukti.
Selain itu, pendirian tegas Abdul El-Sayed yang mengkritik tindakan Israel serta menentang bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada negara tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengundi.
Bagaimanapun, beliau tetap meneruskan kempen dengan memberi tumpuan terhadap isu ekonomi dan keperluan rakyat Michigan.
Ads
Ketika menyampaikan ucapan kemenangan di Detroit pada awal Rabu, Abdul El-Sayed merakamkan penghargaan kepada para penyokong yang memberikan kepercayaan kepadanya meskipun beliau pada awalnya bukanlah calon yang dijangka mampu mencipta kejayaan tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa nama dan agamanya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi rakyat, termasuk peningkatan kos bahan api dan sara hidup.
Penekanan terhadap isu kehidupan seharian rakyat menjadi antara mesej utama kempen beliau, di samping usaha mengetengahkan kepentingan dasar ekonomi dan penjagaan kesihatan dalam menentukan masa depan masyarakat Michigan.
Kemenangan Bersejarah Buat Komuniti Muslim Amerika Syarikat
Kejayaan Abdul El-Sayed turut membawa makna tersendiri kepada komuniti Muslim di Amerika Syarikat, khususnya dari sudut keterwakilan dalam institusi politik tertinggi negara itu.
Walaupun sebelum ini sudah terdapat wakil rakyat Muslim yang dipilih menganggotai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, kemenangan beliau mencatatkan sejarah berbeza apabila buat pertama kalinya seorang Muslim dipilih ke Senat.
Lebih menarik, kemenangan tersebut turut berlaku di Michigan, sebuah negeri yang mempunyai komuniti Arab-Amerika yang besar dan sering menjadi antara negeri penentu dalam pilihan raya negara berkenaan.
Abdul El-Sayed bakal menggantikan Senator Demokrat, Gary Peters yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusinya selepas dua penggal berkhidmat.
Kejayaan beliau sekali gus menandakan satu perkembangan penting dalam sejarah keterwakilan masyarakat Muslim di Amerika Syarikat, selain memperlihatkan perubahan dalam landskap politik negara tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari pertama persekolahan sememangnya detik yang penuh debaran dan emosi, terutama buat murid-murid yang melangkah masuk ke alam sekolah dengan perasaan bercampur antara teruja dan gementar.
Bagi sesetengah murid, ia adalah pengalaman baharu yang mencabar, manakala bagi yang lain pula, hari tersebut menandakan permulaan lembaran baharu selepas cuti panjang.
Memahami kepentingan momen istimewa ini, Gardenia Squiggles tampil dengan inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 bagi menceriakan hari pertama persekolahan murid sekolah, khususnya di SK Bandar Sri Damansara 1 isnin lalu.
Usaha ini mencerminkan keprihatinan jenama dalam menyokong kesejahteraan emosi dan semangat kanak-kanak pada hari yang penuh bermakna.
Gardenia Squiggles Bawa Keceriaan Sejak Pagi
Menerusi inisiatif tersebut, lebih 1,300 pek snek Gardenia Squiggles telah diagihkan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kehadiran snek kegemaran ramai ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah membantu menceriakan suasana pagi di sekolah.
Senyuman dan wajah ceria jelas kelihatan apabila murid-murid menerima pek snek berwarna-warni sebaik tiba di sekolah.
Detik ringkas ini secara tidak langsung membantu mengurangkan rasa gementar, terutamanya bagi murid yang baru memulakan sesi persekolahan di peringkat rendah.
Dengan perisa popular seperti Funky Strawberry dan Choco Malto, setiap pek Gardenia Squiggles membawa lebih daripada sekadar snek ringan.
Ia menjadi simbol sokongan, keceriaan dan sentuhan nostalgia yang mampu membangkitkan emosi positif dalam kalangan murid.
Rasa yang digemari ramai ini menjadikan pengalaman hari pertama persekolahan lebih menyeronokkan dan santai. Murid-murid dapat menikmati snek bersama rakan-rakan, sekali gus membantu membina hubungan sosial yang lebih akrab sejak hari pertama berada di sekolah.
Inisiatif Gardenia Squiggles ini turut menerima maklum balas positif daripada pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa.
Ramai yang melihat usaha ini sebagai satu langkah prihatin dalam menyokong kesejahteraan emosi murid, terutamanya pada fasa awal persekolahan yang sering mencabar bagi kanak-kanak.
Komitmen Gardenia Squiggles Terhadap Generasi Muda
Gardenia melalui jenama Squiggles kekal komited dalam menyokong pembelajaran positif dan pembangunan generasi muda yang ceria, aktif dan bertenaga. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi kegembiraan sementara, malah membantu membentuk pengalaman persekolahan yang lebih bermakna dan diingati.
Program Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 membuktikan bahawa sentuhan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan kanak-kanak.
Melalui pendekatan yang ringkas namun bererti, Gardenia Squiggles terus memainkan peranan dalam menyokong ekosistem pendidikan.
Sumber : Facebook Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden buli kembali menggemparkan komuniti sekolah apabila seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli pelajar asrama melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai dipukul sehingga pengsan dalam tandas sebuah asrama sekolah, awal pagi Isnin.
Mangsa, yang ditemui tidak sedarkan diri oleh guru bertugas, segera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan. Menurut pihak hospital, mangsa mengalami beberapa kesan lebam pada tubuh, dipercayai akibat hentakan fizikal.
Punca: Dakwaan Mengaibkan Rakan
Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.10 tengah malam. Insiden itu tercetus apabila mangsa didakwa memburukkan seorang rakan kepada salah seorang suspek. Berang dengan tindakan itu, seorang pelajar kemudian mengajak tiga pelajar lain untuk mencari mangsa sebelum insiden pukul tersebut berlaku.
Seorang pelajar tingkatan empat direman tiga hari untuk membantu siasatan memukul seorang pelajar hingga pengsan manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan bahawa empat pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Daripada empat pelajar yang ditahan, hanya seorang, iaitu pelajar tingkatan empat, direman selama tiga hari. Tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis,” katanya.
Tiada CCTV, Kes Pertama di Asrama
Kejadian tersebut mengejutkan komuniti sekolah kerana ia merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di asrama berkenaan. Lebih membimbangkan, lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan bukti visual.
Ibu mangsa dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 9.05 pagi oleh pihak sekolah, beberapa jam selepas anaknya ditemukan pengsan.
Disiasat Di Bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang melibatkan kesalahan ugutan jenayah. Pihak polis juga sedang mendapatkan keterangan lanjut daripada pelajar lain serta pihak sekolah bagi melengkapkan siasatan.
Isu Buli: Pengajaran Untuk Semua
Kes ini sekali lagi membangkitkan persoalan tentang keselamatan pelajar di asrama, khususnya melibatkan isu buli yang sering berlaku di luar pantauan guru. Dalam banyak keadaan, budaya “hukuman sendiri” dalam kalangan pelajar menjadi punca kepada insiden lebih besar seperti ini.
Majalah Remaja menyeru semua pelajar untuk lebih peka, berani bersuara jika menjadi mangsa, dan tidak menormalkan tindakan yang mengancam keselamatan rakan sendiri. Ini termasuk tidak menyertai atau menyokong sebarang bentuk intimidasi.
Perlu Sistem Keselamatan Yang Lebih Kukuh
Insiden kes buli pelajar asrama ini menjadi isyarat jelas kepada pihak sekolah untuk memperkukuh sistem keselamatan, termasuk pemasangan kamera CCTV di kawasan kritikal seperti koridor, laluan ke tandas, dan ruang tangga.
Selain itu, guru bertugas wajar memperbanyak rondaan terutama pada waktu malam bagi memastikan tiada aktiviti luar kawal berlaku. Pelajar juga perlu dididik tentang kepentingan melapor kejadian buli sebelum ia menjadi lebih serius.
Peranan Ibu Bapa & Komuniti Sekolah
Ibu bapa turut memainkan peranan besar dengan memantau perubahan tingkah laku anak, bertanya keadaan mereka di asrama dan memberi ruang selamat untuk mereka berkongsi masalah tanpa rasa takut. Kebanyakan mangsa buli memilih untuk berdiam diri kerana bimbang dibalas dendam.
Dalam menangani kes buli pelajar asrama, kerjasama antara guru, pelajar, dan ibu bapa adalah faktor paling penting. Tanpa kesedaran kolektif, isu sebegini akan terus berulang dalam pelbagai bentuk dan memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental pelajar.
Masa Depan Pelajar Tidak Seharusnya Terjejas
Kesan buli bukan sekadar fizikal malah boleh mengganggu fokus akademik, menjatuhkan keyakinan diri dan memberi trauma mendalam kepada mangsa. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia melibatkan masa depan pelajar yang sedang membina identiti diri.
Dengan peningkatan kes-kes keselamatan di sekolah, komuniti pendidikan harus memperbaharui pendekatan pencegahan untuk memastikan setiap pelajar merasa dilindungi dan dihormati.
Pada akhirnya, insiden ini mengingatkan kita bahawa setiap pelajar berhak berada dalam persekitaran pembelajaran yang selamat. Tindakan tegas perlu diambil agar tragedi seperti kes buli pelajar asrama tidak berulang dan semua pelajar dapat meneruskan kehidupan sekolah dengan lebih yakin dan terjamin.
Musim kedua Jalen Star Chef kembali dengan skala lebih besar dan lebih kompetitif apabila siri pencarian bakat kulinari ini menjelajah ke seluruh negara bagi mencari chef muda paling berbakat dari institusi pengajian tinggi tempatan.
Untuk edisi kali ini, pentas Jalen Star Chef 2 menyaksikan persaingan bukan sahaja daripada IPTA, malah turut membuka ruang kepada pelajar IPTS yang mahu membuktikan kemampuan mereka dalam dunia kulinari profesional.
Antara yang mencuri perhatian di peringkat saringan pertama di UiTM Dungun ialah penyertaan daripada University College Bestari (UCB) menerusi tiga wakil muda mereka iaitu Noor Kuamelia Fasha Binti Mohd Zaiwati, Muhammad Azim Azram Bin Azami dan Nor Ainun Maisarah Binti Abdullah.
Walaupun mengakui ini merupakan pengalaman pertama mereka menyertai pertandingan berskala besar, ketiga-tiga peserta tampil dengan semangat dan keyakinan tinggi untuk membawa nama universiti mereka lebih jauh.
Bagi Muhammad Azim Azram, penyertaan dalam Jalen Star Chef 2 dianggap sebagai satu cabaran penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
“Saya rasa ini satu cabaran baru sebelum saya tempuh alam pekerjaan sebab selepas ini saya akan menjalani internship di hotel. Jadi dekat sini saya dapat belajar macam mana nak manage masa, guna bahan dan hasilkan satu produk dengan baik,” jelasnya.
Pengalaman Pertama Sertai Pertandingan Kulinari Berskala Besar
Sementara itu, Noor Kuamelia Fasha pula mengakui pada awalnya dia berasa gementar apabila dicadangkan oleh pensyarah untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Memang nervous sebab ini first time masuk competition besar. Tapi bagi saya ini satu cabaran yang menarik sebab saya memang suka cabaran,” katanya.
Bagi Nor Ainun Maisarah pula, dia melihat penyertaan ini lebih kepada peluang menimba pengalaman baharu.
“Sebelum ini saya memang tak pernah masuk pertandingan. Jadi bila ada peluang macam ni, saya terus fikir okey, kita cuba dulu,” ujarnya.
Apa yang menarik, ketiga-tiga peserta UCB ini turut membawa misi yang lebih besar iaitu mahu membuktikan bahawa pelajar IPTS juga mampu berdiri sama tinggi dengan institusi lain yang lebih dikenali.
Jalen Star Chef 2 Jadi Platform Tonjol Bakat Pelajar UCB
Menurut mereka, walaupun UCB mungkin tidak sepopular universiti lain di mata ramai, namun dari segi kemampuan dan latihan, mereka percaya pelajar University College Bestari mampu bersaing secara sihat di pentas kulinari.
“Kami rasa UCB ni sebenarnya setanding dengan IPTA dan IPTS lain. Dengan tenaga pengajar yang kami ada, kami dapat belajar benda yang sama level dengan universiti lain,” kata mereka.
Malah, mereka turut berharap penyertaan dalam program seperti Jalen Star Chef 2 dapat membuka mata lebih ramai pihak terhadap potensi pelajar UCB.
Semangat Pelajar University College Bestari Jadi Inspirasi
Dengan semangat mahu belajar, keberanian mencabar diri dan keyakinan membawa nama universiti, penyertaan pelajar dari University College Bestari ini jelas membuktikan bahawa dunia kulinari tempatan sebenarnya dipenuhi bakat muda yang hanya menunggu peluang untuk menyerlah.
Selain menguji kemahiran memasak, pertandingan seperti Jalen Star Chef 2 turut membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kemampuan bekerja di bawah tekanan.
Semua pengalaman ini menjadi nilai tambah penting sebelum mereka memasuki dunia pekerjaan sebenar dalam industri hospitaliti dan kulinari.
Untuk info, saringan pertama JALEN Star Chef 2 telah melabuhkan tirai pada 6 Mei lalu dengan penyertaan tiga institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA Dungun, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Kolej Bestari (UCB).
Persoalannya, adakah anda bintang yang dicari? Nantikan kemeriahan JALEN Star Chef 2 yang berlangsung sepanjang Mei ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk melangkah ke pentas konvokesyen tanpa kehadiran insan yang selama ini menjadi sumber kekuatan. Itulah yang dilalui seorang graduan, Norhamizah Afiqah Shaharil,...