
Bukan semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris. Nak-Nak pula bagi mereka yang tak selalu bercakap dalam bahasa ‘omputeh’ ni.
Jadi bila memerlukan korang untuk menulis dalam bahasa Inggeris, mungkin ada yang tak berapa nak pasti sama ada ejaannya betul atau tidak. Jangan risau sebab terdapat website yang boleh digunakan untuk tujuan grammar check.
Berikut merupakan 10 website yang boleh dijadikan rujukan.
1. 1Checker

2. Ginger

4. After the Deadline

5. Paper Rater

6. Spell Check Online

7. SpellChecker.net

8. Reverso Translation

9. Spell Check Plus

10. Grammar Check

Mudah la kerja lepas ni kan?
Sumber: blog.maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tak Sangka Ramai Sayang…” Ayda Jebat Terharu Ramai Mendoakan, Mohon Tip Pulih Posterior Disc

Terbaru, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ayda Jebat meraih perhatian apabila berkongsi perkembangan terkini beliau selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah mild slipped disc.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat (33) memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
“Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okay, saya rehat dulu daripada buat aktiviti lasak…janji! (Nurse dan staf dekat sini kalau boleh nak pagar bilik ini sebab pesakit asyik ‘kabur’ ke sana ke sini),” seloroh Ayda.


Walaupun kini dalam keadaan kurang sihat, pelantun lagu ‘Memerang’ itu tersentuh dengan keprihatinan para peminat dan kenalan yang tidak henti-henti bertanya khabar serta menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang DM, WhatsApp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, melalui perkongsian sama, isteri kepada personaliti televisyen, Nabil Mahir itu turut meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.

“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please… Salam Ramadan juga buat semua,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat serta rakan-rakan artis turut membanjiri dengan ucapan semangat dan doa agar penyanyi yang popular melalui lagu Pencuri Hati itu segera sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.
Kami di REMAJA juga turut mendoakan agar kesihatan Ayda kembali pulih seperti sebelum ini, aameen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Boleh Agak Arwah Akan Tinggalkan Saya. Dia Datang, Tersenyum Dan Melambai Pergi…

“Adik-adik nak makan durian. Ayah tak jadi balik ke Dungun sebaliknya berpatah balik ke Perak. Hajat mereka tidak kesampaian bila kemalangan ini terjadi,” luah Ain Harisah.
Tragedi ngeri yang meragut nyawa adik beradiknya, Nur Ain Hanifah, 22 serta dua adik kembarnya, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, 8 tahun nyata membuat dirinya sugul.

Masih lagi trauma akibat kemalangan itu, Ain Harizah kelihatan cukup lemah dan sugul selain hanya mampu termenung mengingatkan pemergian ahli keluarga sambil ditenangkan saudara-mara yang lain. Malah dirinya kerap ditenangkan oleh sanak saudara yang cukup bersimpati dengan tragedi ini.
Ain yang duduk di bahagian belakang pemandu sewaktu kejadian itu berkata, kenangan terakhir dia dan kedua adiknya adalah ketika mereka sekeluarga menaiki Keretapi Tanah Melayu ke Padang Besar baru-baru ini.
Dirinya yang mengalami kecederaan di pipi, dahi dan kaki akibat terseliuh berkata, ketika kejadian, dia dikejutkan oleh pengguna jalan raya yang lain sebelum ternampak orang ramai mengangkat jenazah adik dan kakaknya di penghadang jalan.
“Saya tak sedar apa-apa. Sebaik sahaja buka mata, saya nampak banyak darah. Adik dan kakak sedang diangkat dan diletakkan di tepi jalan. Saya nak bantu tetapi saya tak dapat berdiri.
“Sekarang saya dah hilang kawan nak bergaduh. Selepas ini saya dah tak boleh marah adik-adik lagi,” katanya sebak.

Nahas tiga beradik meninggal serentak dan cukup menyayat hati ini terjadi selepas kenderaan Honda CRV yang dipandu bapa mereka, Ismail Yaacob, 53, dirempuh dari arah belakang sebuah lori membawa muatan ikan di persimpangan lampu isyarat di simpang empat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong.
Jenazah tiga beradik ini telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua di sini semalam.
Tunggu Mama Di Syurga…
“Tunggu mama di syurga”. Hanya perkataan itu termampu diucapkan oleh Zarina Yong, 44 yang cukup redha selepas tiga anaknya meninggal dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan yang dirempuh sebuah lori membawa muatan ikan.
Dia yang masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Taiping akibat cedera dalam nahas itu, reda, dengan pemergian anak-anak kesayangannya.

Menurutnya, ketika tidak sedarkan diri kesan dari nahas tersebut, dia dikunjungi bayangan tiga anaknya itu seolah mereka pergi meninggalkannya.
“Mereka datang, tersenyum dan melambai, sebelum pergi dari mimpi saya. Waktu itu, saya tahu mereka telah tiada. Saya redha, saya cukup redha. Saya tahu semua anak akan menjadi ahli syurga dan saya sempat berpesan kepada mereka untuk tunggu saya di syurga. Bila tiba masa saya nanti,” katanya.
Dia berkata, ahli keluarga yang lain tidak memberitahu tentang pemergian tiga anaknya itu kerana mahu menjaga hatinya.
“Tak perlu berselindung, naluri saya sudah cukup kuat memberitahu, saya redha dan saya akan jumpa mereka semua di syurga kelak,” katanya. Sumber Sinar Harian.
Berita terkini,
Ayah kepada tiga beradik yang terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di Lenggong Ahad lalu meninggal dunia, awal pagi tadi.
Anak sulung mangsa, Muhammad Hafiz Ismail, 27, berkata bapanya Ismail Yaacob, 53, menghembuskan terakhir kira-kira 1.40 pagi tadi di Hospital Taiping, di sini.
“Saya berada di sisi arwah ayah pada saat akhir dan sempat membimbingnya mengucap,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
TIGA BERADIK DIKEBUMI SATU LIANG LAHAT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dunia Luar Lebih Sukar, So…” Pelajar Excited Vivy Yusof Di Konvo UiTM

“Minggu ini adalah minggu yang penting untuk UiTM – minggu konvokesyen!”
That’s right, Vivy Yusof.
Tak hairanlah apabila pengasas Fashion Valet dan dUCK Cosmetics itu teruja dengan majlis konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ia kerana ini adalah kali pertama beliau menyertai majlis tersebut sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut.
Menerusi akaun media sosial, Vivy sempat memuat naik beberapa keping foto dan stail OOTD-nya di Dewan Agung Tuanku Canselor. Sambil itu, beliau sempat berseloroh sambil memberikan kata-kata penting di ruangan caption.

“Ini adalah momen penting untuk saya juga sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kak Vivy ingin ucapkan tahniah kepada graduan UiTM, semua usaha keras korang amat berbaloi.
“TETAPI, dunia sebenar sedang menanti di luar dan ia lebih sukar. Good luck lah,” kata beliau – sebelum menyambung, “Selamat maju jaya untuk kehidupan bekerjaya.
“Kuatkan diri dan jangan pernah berputus asa tak kira apa jua cabaran yang hadir.”

Pelajar dan graduan UiTM 2019, terutamanya merasa terharu dengan ucapan Vivy.
“Kak Vivy tunggu turn saya pula tahun hadapan.”
“Untunglah grad Vivy ada di atas pentas. Warga UiTM bersyukurlah..”
“Saya bukan dari UiTM. Tetapi ayat terakhir itu amat dalam maksudnya untuk saya. Thank you Vivy!”
Ada juga yang sempat berkata:
“Kak Vivy comel sangat macam freshie.”
“Vivy paling muda, #proud”
*
Mana tahu, selepas ini Vivy akan lebih involved dengan pelajar dari UiTM. Mungkin ada produk kolaborasi bersama universiti itu yang akan dicipta oleh team Vivy dan pelajar.
Mesti onz!
*
ARTIKEL BERKAITAN: Grad Tak Kira Usia, Fikry Ibrahim Beri Inspirasi Kepada Junior
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

