Dalam dunia yang berputar dalam paksi laman media sosial, akauan Twitter dan Instagram merupakan dua platform yang sangat popular di kalangan generasi remaja. Facebook? Well, ramai remaja beranggapan ia kini dipenuhi dengan warga yang lebih tua dan kadangkala tidak tahu nak chill dan cool serta faham dengan jenaka-jenaka mereka.
Dan dengan populariti dua platform media sosial ini maka tidak hairanlah perkara berkaitan ‘unfollow‘ ini menjadi satu hal yang cukup sensitif. Kadangkala boleh buat rakan baik sendiri boleh berselisih faham dan tidak bertegur sapa hanya kerana hal ‘unfollow‘.
Tapi sedarkah wahai orang yang telah di-unfollow bahawa mesti ada sebab tertentu mengapa orang buat begitu? Tak tahu kenapa?
Jom Remaja ingin kongsikan 10 sebab mengapa orang unfollow Instagram atau Twitter kamu.
Mohon tarik nafas dalam-dalam dan lapangkan dada. Mana yang ada terasa tu bolehlah fikir-fikirkan apa yang perlu kamu ubah di masa akan datang nanti.
Kualiti gambar yang mehhh
Mungkin ini tidak berlaku di kalangan kawan-kawan yang kamu kenal rapat dalam real life. Tapi kalau hanya sekadar jadi rakan di media sosial, kandungan timeline Instagram kamu sangat penting. Kalau hanya suam-suam kuku mungkin orang fikir buang masa sahaja follow.
Ads
Upload foto lebih kurang sama banyak kali
Errrr… tahu tak bahawa sekarang dalam satu posting sudah boleh muatkan multiple gambar? Ketahuilah segala jenis bentuk yang menghampiri sifat spam amatlah tidak digemari oleh sesiapa pun. Melainkan kamu itu Neelofa atau Fazura. Itu special kes!
Caci maki tidak henti
Ya, kami faham setiap orang akan ada masanya stres dan ingin luahkan perasaan terutamanya di Twitter. Akan tetapi kalau dalam sehari hampir berpuluh-puluh tuit kamu mencaci maki segala benda orang akan jadi annoying dengan kamu. Ingat sebelum tuit ambil masa dulu dua atau tiga saat. Tanya diri sendiri, “should i tweet this?”
Takde engagement dengan follower
Jika kamu memiliki follower yang ramai terutamanya di Instagram, jangalah biarkan follower kamu terkontang-kanting di ruangan komen. Apa salahnya kau berinteraksi dengan follower yang mungkin ingin kenali kamu dengan lebih dekat.
Antara faktor utama penulis unfollow sesetengah akaun Instagram atau Twitter ialah kerana mereka menggunakan bahasa ‘alien‘ yang kadangkala susah kita nak faham. You know the kind yang mengeja macam budak tak habis belajar Bahasa Malaysia atau Inggeris semasa sekolah rendah. Contoh; “iTTew TucK suKEw maM4n cikM4k pEDa5 gIlew”.What the fish!
Terlalu banyak iklan berbayar
Ads
Tidak dapat dinafikan sekarang ramai Instafamous dan Tweetfamous boleh menjana pendapat dengan melakukan job sampingan posting berbayar. Tidak salah kalau dalam seminggu kamu lakukan posting berbayar sekali dua. Tapi kalau sudah setiap hari, hampir setiap jam muncul dengan benda ini siapa je yang tak akan unfollow. Ingatlah tanpa follower kamu tak akan dapat job posting berbayar tersebut. Apa yang klien kamu mahu ialah figures and numbers. Tanpa followers memang tak ke mana.
Pendapat berbeza
Satu perkara kamu perlu faham, jika orang unfollow itu bukan bermaksud dia benci. Mungkin kamu ada pandangan yang berbeza dengan dia dan sebab itulah untuk mengalak konfrontasi ada orang lebih rela unfollow. Apatah lagi tidak lama kita akan lalui pilihanraya umum. Lagilah kes unfollow ini akan bertambah.
Muat naik gambar tidak senonoh
Sama ada kamu muat naik atau repost atau retweet sekali pun ia memberi impak sama sahaja. Kalau kamu suka kongsikan foto tidak senonoh atau tidak peka dengan sensitiviti agama atau kaum maka bersedialah untuk kehinlangan follower lebih ramai.
Gambar profile palsu atau orang lain
Ini satu lagi faktor mengapa orang boleh unfollow kamu. Mencipta satu ilusi dengan menjadi orang lain di laman media sosial merupakan satu lai perkara yang tidak disukai oleh ramai orang. Melainkan kamu mencipta karakter yang tiada kaitan dengan orang lain dan content kamu berikan berkualiti, itu cerita lain.
Memang orang tidak suka kamu
Bayangkan dalam dunia sebenar pun orang tidak suka dengan sikap kamu yang dianggap cukup menjengkelkan. Begitu juga dalam dunia laman media sosial. Apa yang kamu perkatakan, share, like dan komen menjadi faktor untuk orang lain terutaman follower menilai keperibadian kamu walaupun ia bukanlah 100% tepat. Kalau orang dah tak suka dia akan unfollow tanpa sebab yang dia perlu bertahu pun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak, Keith Foo baru-baru ini memberi bayangan bahawa dirinya bakal memeluk agama Islam pada tahun hadapan sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita terkenal, Riena Diana.
Menurut Keith atau pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin (42), beliau sudah lama mendalami ilmu agama dan mula menunjukkan minat terhadap Islam sejak sebelum mengenali Riena lagi.
“Sejak ada Riena saya banyak minta tunjuk ajar seperti membaca doa makan dan banyak lagi. Apapun, doakan kami dan lihat apa yang akan jadi tahun depan. Ada kejutan tahun depan,” kata Keith.
Pada masa yang sama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal (27), turut berkongsi bahawa Keith memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk memilih nama Islam sekiranya dia memeluk agama itu kelak.
“Sebenarnya ada berita gembira, Keith beri peluang untuk saya pilih nama Islam dia. Nama Islam kita sudah ada, tetapi belum sedia untuk kongsi bersama umum,” kata Riena.
Menurut Riena, Keith memilih untuk mendalami Islam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memeluk agama secara rasmi dan berkahwin.
“Saya tidak mahu orang kata, Keith memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin. Sebab itu sekarang saya gembira untuknya yang cuba mendalami Islam,” ujarnya.
“Kalau boleh tidak mahu hari ini peluk Islam, esok berkahwin. Keith sendiri beritahu yang dia mahu peluk Islam terlebih dahulu dan belajar tentang agama barulah berkahwin. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.
Sementara itu, pasangan romantis ini juga tidak mahu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga, malah menyerahkan urusan tersebut kepada pihak keluarga masing-masing.
Hubungan mereka yang semakin serius ini ternyata menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya. Sama ada tentang agama atau perkahwinan, Keith dan Riena memohon untuk terus mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem ini berdasarkan webcomic “0.0MHz” oleh Jang Jak, mengisahkan sekumpulan anak muda yang menubuhkan kelab untuk mencari hantu. Mereka memulakan misi mencari hantu ini dengan pergi ke rumah usang untuk menyiasat dan menghentikan kejadian aneh paranormal, namun menemui sesuatu yang lain.
Apa kaitan frekuensi 0.0MHz ini dengan elemen seram? Menerusi trailer filem ini yang berdurasi selama 50 saat, frekuensi ini merupakan sambungan untuk berkomunikasi dengan alam ghaib.
Jika kamu penggemar Apink, pasti kamu akan menonton filem ini kerana vokalis kumpulan itu merupakan pelakon utama. Bakat lakonan Eunji tak dapat dinafikan lagi apabila pengarah filem ini turut rasa seram apabila Eunji melakonkan aksi seperti dirasuk. Ji Eunji memberi tahu ketika mempromosikan filem ini dalam variety show Knowing Brother.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 27 Jun 2019. Rasa tak sabar pulak nak tengok filem ni. Korea kalau buat cerita seram, memang seram habis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyakit Bell’s Palsy selalunya bersifat sementara namun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.
Baru-baru ini, pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon disahkan menghidap Bell’s Palsy yang menyebabkan bahagian sebelah kiri mukanya lumpuh.
Perkara tersebut disahkan selepas pemain berusia 31 tahun itu berkongsi sebuah video yang menerangkan sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.
A post shared by 陈炳顺Chan Peng Soon (@pschan88) on Dec 13, 2019 at 5:30am PST
Rakaman video itu juga kelihatan dia tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya serta bahagian mulut yang agak senget selain mengakui selain boleh menjejaskan misinya bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
“Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang,” tulisnya.
Rata-rata rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Mari ambil tahu mengenai “bells palsy” ini?
Palsi Bell (Inggeris: Bell’s Palsy) merupakan penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini
Sesiapa yang didiagnoskan Bell’s Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain lagi.
Berbeza dengan kelumpuhan muka disebabkan penyakit seperti strok dan penyakit Lyme, sehingga kini penyakit Bell’s Palsy masih tidak diketahui punca sebenarnya tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s Palsy dirangsang dengan jangkitan virus.
So kalau korang ada tanda-tanda di atas, berjumpa dengan doktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.