9 Mei ini, seluruh rakyat yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia akan keluar untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pemimpin negara akan datang.
Namun, sedih sekali apabila terdapat sentimen di kalangan pengundi muda berdaftar yang seakan enggan untuk keluar mengundi kelak.
Ini 4 alasan yang selalu diberikan oleh mereka. Baca jawapan balas kami untuk setiap alasan tersebut.
01
Tidak Mahu Masuk Campur Politik
Ini merupakan alasan paling selalu diberikan pengundi muda. Mereka katanya tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak. Bagi mereka, politik itu kotor dan hanyalah untuk orang dewasa.
Funny thing is, bila satu isu negara menjadi viral, pengundi muda jugalah orang yang selalu ‘berperang’ di Facebook dan Twitter.
Golongan ini perlu faham, perbuatan memangkah mana-mana ahli politik yang bertanding bukannya bermaksud mereka mendaftar masukmana-mana parti atau taksub dengan parti tertentu.
Ia adalah untuk membantu memilih wakil rakyat yang akan membantu membangunkan kawasan mereka dan pada masa yang sama, menentukan hala tuju negara.
Ads
02
Suara Tak Pernah Didengari, Jadi Buang Masa Saja Mengundi
Alasan ini selalu diberikan oleh pengundi muda yang gemar mengikuti demonstrasi jalanan. Pada mereka, jika suara rakyat yang bersusah payah berkumpul di bawah terik matahari pun tak diterima pemimpin negara, buat apa nak mengundi. Buang masa je.
Tanggapan itu salah sebenarnya. Malaysia adalah negara yang menentukan kepimpinannya melalui proses undian dan itu adalah saluran yang betul. Jika tidak berpuas hati dengan mana-mana calon, undi calon bertentangan.
03
Tidak Tahu Kepentingan Sebagai Seorang Pengundi
Ads
“Alaa, kalau aku undi calon A pun, calon B guarantee menang. So buat apa aku nak susah sangat sokong calon A?“
Bagi penulis, ini adalah alasan yang kurang bijak. Kita semua pernah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah yang banyak kali menyentuh tentang pilihan raya.
Jika proses mengundi ini memang tak penting, tak adanya mereka nak lakukan Pilihan Raya Umum setiap lima tahun sekali. Alasan “Aku tak penting pun” selalu diberikan oleh golongan yang suka tunggu, lihat dan kemudiannya lantang manaip macam-macam jenis ‘reviu’ di status masing-masing selepas keputusan Pilihan Raya diumumkan.
Usah jadi golongan rakyat itu.
04
Tiada Masa Untuk Mengundi
Ads
Persoalan sebenar bukanlah tiada masa tetapi mereka yang tidak mahu mencuri masa untuk mengundi
Bayangkan, cuti sudah diberi secara rasmi. Dan proses mengundi hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh LIMA TAHUN. Now, you do the maths. Tiada masa atau hanya alasan semata-mata?
* * * * *
Apapun alasan yang diberikan, jika memang benar korang tak nak keluar mengundi atau merancang untuk menabur undi rosak, situasi ini memang menyedihkan.
Jika korang tak nak mengundi untuk kepentingan ahli politik, calon atau parti sekalipun, undilah demi negara. Ketepikan persepsi dan suara negatif, lakukannya demi diri sendiri dan negara.
and VOTE!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu tentang kenyataan tidak bertanggungjawab yang pernah dibuat di ruang siber oleh seorang ahli perniagaan Koon Yew Yin seperti yang telah dilaporkan oleh Astro Awani sebelum ini, lelaki tersebut membuat kenyataan bahawa Angkatan tentera kita hanya makan dan tidur serta patut dikerahkan untuk kerja di ladang-ladang menggantikan pekerja migran Indonesia dan Bangladesh.
Kenyataan tersebut telah dipadam daripada blognya kerana mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Semalam, isu ini berbangkit apabila netizen mula bersuara tentang kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut, lebih-lebih lagi apabila melihat insiden Mejar Mohd Zahir yang terkorban ketika mengadakan demonstrasi sempena pelancaan Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Rata-rata daripada masyarakat Malaysia meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan statement ‘Angkatan tentera kita hanya makan dan tidur’.
Baru sahaja negara kita menyambut kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos yang lalu, seharusnya sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu berterima kasih dan lebih menghargai pengorbanan yang telah dibuat oleh Angkatan tentera kerana menjaga keharmonian dan keamanan negara selama ini.
Tidak terbayar jasa mereka kepada negara Malaysia, jadi sekurang-kurangnya tanamkanlah sikap rasa sayang dan penghargaan kepada individu yang pernah berjasa untuk negara.
Sumber: Twitter
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya, tiada lagi istilah “abah” sebaliknya kini digantikan oleh “Along” iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Muar. Pagi ini, anak muda yang agak popular di kalangan belia ini mengetuai majlis angkat sumpah di hadapan YDP Agong sebagai Menteri Belia & Sukan yang mewakili generasi muda.
Beliau mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di di Istana Negara, pagi Isnin.
Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Memang sesuailahkan dengan usianya untuk mengetuai Kementerian Belia & SukanDiharap Along dapat mengajak lebih ramai belia meminati bidang sukan selepas ini
Berikut merupakan senarai menteri baharu:
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution
Menteri Kerja Raya, Baru Bian
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah
Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi
Berikut pula adalah senarai timbalan menteri:
Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith
Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puj
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini kisah bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sunyi dari kritikan netizen. Di media sosial dapat dilihat rakyat begitu “bebas bersuara” bertanya bagaimana seorang Datuk Seri yang juga suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan tersebut.
Mereka hairan bagaimana seorang individu berbadan besar mampu memanjat pagar jenis anti climb sebelum didedahkan ada tiga pengawal keselamatan Datuk Seri itu membantu dengan menjadi tangga kepada Datuk Seri berkenaan memanjat badan mereka sebelum melompat keluar dari pagar tersebut.
Dalam satu perkongsian Harian Metro, hal ini dirancang dalam tempoh dua minit sahaja seolah-olah sudah ada tangan-tangan ghaib yang membuat perancangan teliti bagi membantu Datuk Seri berkenaan melarikan diri.
Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.
Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.
Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.
Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.
Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.
Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.
Tetapi apa yang nyata, netizen tidak pernah kering idea untuk “membahan” kerana mereka telah menyiapkan satu video dari aksi filem Tamil bagaimana seorang hero berjaya melarikan diri dari penjara selepas pagar atasnya di potong. Lebih mengharukan sebahagian penghuni penjara itu menjadi tangga, seolah-olah sama seperti perlakuan bodyguard yang membantu Datuk Seri itu melarikan diri. Hish la korang nie, memang kelakar sungguh.
Tengok video di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.