Susulan prestasi hambar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, satu-persatu pihak berkaitann yang menggesa agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya.
Zahid mungkin memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti tipis sebanyak 348 undi ke atas pencabar utamanya yang terkenal dengan gelaran ‘Giant Killer’, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin daripada Pakatan Harapan.
Namun, Zahid tidak berjaya membawa kolisi BN untuk mencatatkan kemenangan besar dalam PRU15 setelah ia hanya memenangi 30 daripada 219 kerusi yang dipertandingkan.
Di antara suara-suara berpengaruh yang meminta agar Zahid mengundurkan diri termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; ahli politik senior seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar; Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan parti MCA sendiri.
Malah ada di antara mereka juga telah meletakkan jawatan masing-masing atas dasar tanggungjawab terhadap kekalahan yang diterima UMNO serta BN.
IKLAN
Zahid setakat malam ini masih kekal pada posisinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
Sebaliknya, beliau pula telah mengeluarkan kenyataan media di mana di antara intipatinya menyebut agar 29 orang ahli parlimen BN lain yang memenangi kerusi Parlimen di PRU15 semalam tiada suara bagi menentukan gabungan politik dalam membentuk Kerajaan baharu kecuali beliau.
IKLAN
Zahid juga menghulurkan kad ‘UNO Reverse’ terhadap gesaan untuk melihatnya mengundurkan diri akan menerima implikasi jika melanggar arahan parti dan melompat parti untuk menyertai gabungan Kerajaan baharu yang tidak melibatkan BN.
“Dalam pada iitu, kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangai akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.
“Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” catat kenyataan tesebut.
IKLAN
Zahid juga menegaskan tiada rundingan telah dibuat antara Barisan Nasional dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN)
Ini setelah Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata Kerajaan Persekutuan bakal dibentuk dengan kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GPS juga katanya telah bersetuju untuk mengangkat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya jam 2 petang esok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Sumber Gambar : Pexel.com
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Terbaharu, US News telah mengeluarkan senarai Best Countries to Start a Business 2020 atau negara terbaik untuk anda memulakan perniagaan. Melalui hasil tinjauan berdasarkan persepsi global dan temubual bersama 6,000 ahli perniagaan.
Sumber Gambar : Forbes.com
Melalui tinjaun terbabit,Malaysia pula berada di tangga kedua dengan KDNK USD$ 354.3 bilion. “Terletak di dua wilayah yang terpisah di antara Laut China Selatan, Malaysia adalah sebuah negara kecil dengan ekonomi yang berkembang pesat,” kata kenyataan US News.
Thailand berada di tangga pertama sebagai negara terbaik untuk memulakan perniagaan dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bernilai USD$ 505.0 bilion.
Sumber Gambar : US News
China pula, di tangga ketiga. Dianggap sebagai salah satu negara yang berkembang pesat, ekonomi China kini berada tidak jauh dengan Amerika Syarikat dan dianggap sebagai negara yang penuh dengan peluang untuk perniagaan anda berkembang.
Selepas China, jiran kita, Singapura menduduki tempat keempat sebelum diikuti oleh India, Filipina, Mexico, Switzerland, Indonesia dan terakhir sekali adalah Kanada.
5 Aspek Utama dilihat oleh US News adalah
kos yang berpatutan
birokrasi
kos pembuatan yang rendah
hubungan dengan dunia luar
akses mudah ke ibu kota.
Setiap aspek akan mempunyai markah antara 0 hingga 100. Dari senarai tersebut, tujuh dari sepuluh negara Asia mendominasi senarai ini, termasuk Malaysia.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal semalam.
Seperti sudah jangka, sebaik sahaja lebuhraya SUKE dibuka ia akan menjadi ‘port’ baru untuk kenderaan berhenti dan menikmati permandangan biarpun telah diberi amaran dan dilarang oleh pihak berkuasa.
Foto Via Facebook Page Polis Dearah Ampang Jaya
Mengikut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah memaklumkan, terdapat segelintir orang ramai yang teruja sehingga bertindak untuk memberhentikan kenderaan mereka di laluan kecemasan hanya mahu merakam pemandangan menarik di beberapa kawasan di lebuh raya tersebut.
“Kami melarang sama sekali pengguna daripada memberhentikan kenderaan di bahu jalan tanpa alasan kecemasan kerana perbuatan itu amat berbahaya bukan saja kepada diri mereka sendiri, malah pengguna lebuh raya lain.
“Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh PROLINTAS. Kami cukup berbesar hati dengan sokongan yang diberikan pengguna. Namun, kami berharap agar semua pihak dapat menjaga aspek keselamatan di lebuh raya agar tiada insiden tidak diingini berlaku,” jelasnya.
Kemalangan pertama di lebuh raya SUKE
Terdahulu, media melaporkan kejadian kemalangan pertama di lebuh raya terbabit yang melibatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi dan motosikal selepas tiga hari ia dibuka.
Punca kemalangan itu berlaku adalah kerana pemandu kenderaan itu disyaki telah berhenti di bahagian laluan kecemasan bagi mengambil gambar di lebuh raya itu.
Berikutan daripada insiden tersebut, penunggang motosikal yang terlibat dilaporkan mengalami kecederaan.
PROLINTAS kesan beberapa lokasi tumpuan
Jelas Mohammad Azlan, bahagian operasi SUKE telah mengesan beberapa kawasan yang sering menjadi perhatian pengguna di sepanjang jajaran lebuh raya tersebut.
Oleh itu, demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan untuk berada di tahap terbaik, PROLINTAS akan melakukan pelbagai langkah penting untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Buat rondaan dan letakkan kon keselamatan elak pengguna berhenti
“Unit Polis Bantuan PROLINTAS atau ‘peronda SUKE’ yang bertugas 24 jam melakukan rondaan dengan lebih kerap dan ditempatkan di lokasi panas itu. Selain itu, papan tanda ‘Dilarang Berhenti Kecuali Kecemasa’ juga akan dipasang di kawasan dikenal pasti dalam masa terdekat.
“Kon keselamatan turut ditempatkan di lokasi berkenaan untuk menghalang pengguna daripada berhenti tanpa alasan kecemasan,” katanya.
Pastikan lebuh raya sentiasa diselenggara
Tambahnya lagi, bahagian operasi SUKE turut akan memastikan lebuh raya ini akan diselenggara dan berada pada tahap optimum serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aliran lalu lintas bergerak dengan baik.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan hampir 100,000 kereta telah melalui lebuh raya tersebut dalam tempoh 24 jam pertama selepas ia dibuka kepada orang ramai bermula 16 Septemberyang lalu.
SUKE Highway, September 14, 2022. — Foto Via GLENN GUAN/The Star
Untuk info, sejak 16 September lalu, lebuh raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) bagi fasa pertama yang bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang sudah mula dibuka.
Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melalui lebuh raya tersebut selepas ia dilancarkan kerana ingin melihat pemandangan yang cantik selain menikmati kemudahan tol percuma yang diumumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof.
Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada. Ingat orang yang tersayang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.
Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.
Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.
Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.