Walaupun Ramai Beralih Kepada e-Rokok, NCIG Umum Henti Operasi Di Malaysia

44

 

Bertempat di Seri Kembangan semalam telah berlangsungnya Forum Antarabangsa Rokok Elektronik Dari Perspektif Global.

 

Seharusnya ia menjadi platform untuk jenama rokok eletronik ataupun Vape mengeluarkan berita gembira mengenai produk terbaru mereka.

Namun lain pula ceritanya tentang jenama rokok elektronik popular tempatan, NCIG (Malaysia) Sdn Bhd.

Dengan populariti yang mereka capai di kalangan selebriti dan influencers di media sosial, NCIG berjaya membuatkan ramai golongan perokok untuk beralih kepada rokok elektronik.

Jumlah tersebut cukup memberansangkan walaupun NCIG baru saja beroperasi sejak bulan Januari lalu.

Namun, berita tidak gembira telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharifuddin Bujang yang mengumumkan NCIG bakal menghentikan operasinya di Malaysia dalam tempoh terdekat.

Penutupan operasi itu berikutan ketiadaan peraturan berhubung kandungan nikotin rokok elektronik yang dibenarkan di Malaysia untuk waktu ini.

Berikutan ketiadaan peraturan itu, pihaknya hanya boleh memperkenalkan produk cecair rokok elektronik yang mengandungi sifar nikotin untuk pasaran tempatan.

“Ini keputusan yang sukar dibuat kerana kami mempunyai lebih 700 pekerja yang akan kehilangan pekerjaan.”

Buat masa ini, NCIG akan menumpukan kepada pasaran luar negara yang mempunyai peraturan bagi produk rokok elektronik khususnya di United Kingdom (UK) dan Indonesia.