Terus-Terang, Pendidikan Seks Masih Belum Sesuai Untuk Sekolah! Ini Alasan REMAJA

325

 

Dari tahun 1980-an, isu seks bebas yang melibatkan remaja tak pernah berhenti.

 

Cuba bayangkan, walaupun hampir 40 tahun sudah berlalu, isu yang pernah dianggap taboo atau malu untuk dibincangkan secara terbuka ini bukan saja melanda remaja di kawasan urban yang kononnya terdedah kepada gejala sosial.

Malah, statistik telah menunjukkan bahawa peratusan remaja perempuan bawah umur yang mengandung di kawasan luar bandar juga meningkat dari tahun ke tahun.

Mana taknya, 9% murid peralihan (dari sekolah rendah ke sekolah menengah) dikatakan mempunyai pengalaman seks bebas. 7.3% pelajar sekolah menengah pula dikatakan sudah ‘berpengalaman’.

So, lets get real guys. Adakah dengan cadangan untuk memperkenalkan subjek Pendidikan Seks di peringkat sekolah baru-baru ini adalah satu-satunya cara terbaik untuk membendung isu seks bebas?

***

Malangnya, ramai yang tak bersetuju termasuklah pakar sendiri.

Ini alasan yang kami kemukakan.

 

01

Jika pada zaman 80-an, subjek Pendidikan Seks mungkin boleh membantu remaja untuk menjauhkan diri daripada perbuatan tersebut kerana ketiadaan info tanpa sempadan seperti internet. Remaja pada zaman tu hanya terdedah dengan siaran televisyen (rancangan paling seksi dan mengghairahkan pun mungkin hanya drama korporat tempatan, hehe) dan juga bahan bacaan.

No internet, no social media, no apps, nada. Tapi pada zaman sekarang, walaupun ia diterapkan sejak sekolah sekalipun, naluri remaja untuk mencari ‘lebih’ daripada apa yang diajar itu sudah dapat diagak.

 

02

Subjek Sains sedia ada juga telah menerapkan Pendidikan Seks, tak kisahlah jika pendedahan tersebut bersifat saintifik dan tidak terlalu mendalam terhadap isu moral. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral pun sudah mengajar remaja mengenai gejala ini dan keburukannya.

Sekarang, siap ada subjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial lagi.  Jadi, mengapa perlu ada subjek baru?

Bukankah lebih bagus kalau subjek sedia ada diperkuatkan lagi.

 

03

Menurut remaja yang pernah ditemu ramah oleh rakan media di Astro Awani, pengaruh seks bebas itu terlalu kuat untuk dikekang. Ini kerana remaja dengan mudahnya boleh melayari laman lucah atau di YouTube sekalipun untuk mencari info seks. Sebab excited dan sifat ingin tahu kan?

Oleh itu, sebagai alternatif kepada pengenalan subjek Pendidikan Seks, remaja kebanyakan berpendapat lebih baik jika pelajar diwajibkan menyertai kem sahsiah diri yang boleh memberikan pengajaran tentang bahaya seks bebas.

 

04

Antara punca kepada isu seks bebas adalah kepercayaan yang terlalu mendalam diberikan kepada rakan. Ini kerana hampir separuh kes seks bebas berlaku di kalangan kawan sebaya dan bukannya di kalangan kekasih! Laa..

Mungkin sekali lagi, ia berpunca daripada rasa ingin tahu. Oleh itu, rakan dijadikan ‘peneman’ kerana terlalu mempercayai sesama sendiri. Bila dah break, haa mulalah tersebar video ‘hilang dara’ lah dan macam-macam lagi.

Seharusnya, pelajar lelaki dan perempuan perlu didedahkan kepada sesi ‘saling menghormati jantina’ berbeza. Rasa hormat itu perlu wujud dahulu, barulah perlakuan seks bebas boleh dikekang.

 

Jadi, apa pendapat korang? Setuju atau tidak?

 

CER KOMEN SIKIT