Hangat hujung minggu lalu apabila Taylor’s University dikecam netizen gara-gara salah faham dengan terma ‘Social Influencer’ dan ‘Social Media Influencer’.

Dalam beberapa posting di portal online berkaitan dengan pemberian biasiswa kepada pelajar yang bergelar ‘Social Influencer’ itu, netizen merasakan tidak wajar sebuah universiti dengan kredibiliti setinggi Taylor’s University untuk sewenang-wenangnya memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang ‘popular hanya disebabkan jumlah followers, shares dan likes di media sosial’.

Taylor’s University Beri Penjelasan Isu Biasiswa Untuk ‘Social Influencer’
Antara posting yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap salah faham isu ini.

 

Penulis mengakui pada awalnya agak keliru dengan tindakan universiti tersebut.

Bukankah ramai lagi pelajar di luar sana yang berhak untuk diberikan biasiswa atas pencapaian mereka dalam pelajaran dan aktiviti luar?

Namun, dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Taylor’s University, mereka menjelaskan situasi sebenar isu tersebut.

IKLAN

” ‘Social Influencer’ dalam konteks ini tidak merujuk kepada ‘Social Media Influencer’ seperti yang difikirkan oleh ramai orang. Tetapi kami merujuk kepada golongan remaja yang aktif memperjuangkan objektif sosial dan mempunyai power dan pengikut untuk mengajak remaja lain untuk turut sama bergiat aktif dalam aktiviti berbentuk positif.”

Setelah netizen memerhatikan gambar borang pemohonan biasiswa oleh Taylor’s University yang dimuat naik, ramai yang keliru dengan penggunaan gelaran ‘Social Influencer’ yang disebut.

Taylor’s University Beri Penjelasan Isu Biasiswa Untuk ‘Social Influencer’

IKLAN

Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan ini berpanjangan, pihak universitii bertindak untuk menukar gelaran itu kepada ‘Social Advocate’ iaitu golongan yang memperjuangkan sesuatu agenda.

Dalam hal ini, penulis tidak menyalahkan tindakan netizen yang katanya ‘terburu-buru’ untuk melontar tuduhan. Ini kerana masyarakat kita sudah sedia maklum mengenai gelaran ‘Social Influencer’, seperti yang digunakan oleh ramai personaliti media sosial dengan jumlah pengikut luas.

Seperkara lagi, di dalam borang pemohonan itu, Taylor’s University juga meletakkan ‘YouTube’ sebagai contoh platform yang digunakan oleh ‘Social Influencer’. Hhm, itulah, salah faham memang selalu terjadi.

IKLAN

Taylor’s University Beri Penjelasan Isu Biasiswa Untuk ‘Social Influencer’

Apapun, penulis menyokong hasrat positif universiti tersebut untuk mengajak lebih ramai pelajar mereka bergiat aktif dengan kehadiran ‘Social Advocate’ terpilih. Tak sabar rasanya nak tunggu siapalah pelajar bertuah tersebut.

“Buat masa ini, kami hanya mempunyai seorang pemohon yang layak menerima biasiswa tersebut. Daniel Devan telah memulakan inisiatif sosial berjudul ‘Where Holistic Experiences Empower’ (WHEE). WHEE merancang perjalanan program beberapa remaja untuk mengajar Bahasa Inggeris di kediaman homestay di Bario Sarawak.

“Kami berharap akan ada lebih ramai pelajar yang berkobar-kobar untuk membantu masyarakat negara ini seperti yang telah dilakukan oleh Daniel.”

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI