Remaja sebayanya mungkin sibuk berhias mencantikkan diri dan sibuk dengan gajet terkini. Tapi berbeza dengan Nor Farisya Azhar, di usia 18 tahun gadis ini sibuk di kandang lembu milik bapanya.
Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga. Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.
“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.
“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.
Ads
Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.
Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.
“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.
“Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).
Ads
“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.
Moga Nor Farisya terus berjaya di masa akan datang dengan ternakan lembunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sah kalau time raya korang tak dengar lagu raya kan? Kadang tu, baru beberapa hari puasa pun dah ada yang dengar. Maklumlah terlebih excited. Hiks!
Boleh dikatakan banyak lagu-lagu hari raya yang telah dihasilkan dari dulu hinggalah sekarang. Tapi biasanya, masyarakat Malaysia lebih memilih untuk mendengar lagu nostalgia raya zaman dahulu berbanding lagu raya baru.
Jadi tak hairanlah kalau korang sering dengar lagu raya yang sama saja setiap tahun kerana semua lagu tu memang legend. Dari zaman mak-mak kita, sampailah ke anak cucu pun boleh layan.
Betul tak?
Jom kita tengok antara lagu raya evergreen yang paling legend yang wajib korang dengar setiap tahun.
1. Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)
2. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman Hj Arshad)
3. Menjelang Hari Raya (Dato’ Dj Dave)
4. Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Ellina)
5. Pulanglah (Aisyah)
6. Sesuci Lebaran (Dato’ Lebaran)
7. Selamat Hari Raya (Allahyarhamah Puan Sri Saloma)
8. Balik Kampung (Allahyarham Sudirman Hj Arshad)
9. Nostalgia Aidilfitri (Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini)
10. Nazam Lebaran (Dato’ Siti Nurhaliza)
So guys, acaner? Korang pilih lagu raya dulu-dulu ke sekarang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas melalui keluaran model terbaru mereka, iPhone 8 dan juga iPhone X. Pengguna boleh mengecas sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit.
Capaian pengecasan 50 peratus dalam masa 30 minit ini berjaya dicapai hasil penggunaan aksesori tambahan Apple USB-C Adapters (29W Model A1540, 61W Model A1718 dan juga 87W Model 1719.
Maksudnya, korang memerlukan aksesori tambahan khusus iaitu adapter berasaskan USB-C kerana pengecas yang sedia ada dalam kotak mungkin tak dapat nak menyokong pengecas pantas ini.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna keluaran Apple untuk melihat jenama ini menyokong pengecasan pantas pada model keluaran terbaru.
Selain itu, iPhone 8 dan iPhone X juga turut menokong pengecasan tanpa wayar secara terbina.
Macam mana simpanan wang korang dah cukup ke belum nak beli model terbaru iPhone ni. Psstt psstt, ada yang sampai bergadai tak? Hehe
Adik Putera Abdul Mateen, Putera Wakeel, tidak kurang menarik perhatian di istiadat perkahwinan diraja Brunei yang berlangsung dengan mewah dan gah baru-baru ini.
Majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung bukan hanya pengantin diraja menjadi tumpuan, bahkan ahli keluarga pengantin juga tidak terkecuali. Ini termasuklah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel yang merupakan adinda kepada Putera Mateen.
Mempunyai penampilan yang kacak dan menawan, berikut adalah beberapa gambarnya.
Kredit foto: @bruneiroyalfamily
Fakta Ringkas Tentang Putera Wakeel
Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006. Nama penuhnya ialah Pengiran Muda Abdul Wakeel, anak ke-11 Sultan Hassanal Bolkiah hasil perkahwinan ketiga baginda dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
Kelahirannya disambut dengan menembak 21 meriam di sekitar Istana Nurul Iman. Baginda mendapat gelaran Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda. Walaupun mereka berbeza ibu, Putera Wakeel kelihatan agak rapat dengan abangnya, Putera Mateen.
Azrinaz Mazhar Hakim, ibu kandung Putera Wakeel, adalah bekas wartawan yang berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005, dan bercerai pada 2010. Selepas bercerai, Azrinaz meninggalkan istana dan terpaksa meninggalkan dua anaknya di bawah jagaan bapanya supaya dia masih boleh menerima gelaran bangsawan. Pada masa itu, Putera Wakeel baru berusia 4 tahun.
Bukan sahaja Putera Mateen menjadi idola. Dengan ketampanannya, Putera Wakeel ternyata menjadi idola anak muda di Brunei Darussalam dan Malaysia. Malah, agak ramai netizen membandingkan kekacakannya dengan oppa Korea. Dia juga dikatakan sebagai idola baru di Brunei.
Apa yang jelas sudah semestinya rupa paras yang dimiliki baginda datang dari ayahanda dan juga bonda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming akhirnya umum pembukaan restoran Rembayung, projek RM4 juta yang dibina dari tapak kosong di Kampung Baru. Pelaburan terbesar dalam kerjayanya ini mencetuskan keterujaan besar dalam dunia F&B.