Selepas 12 tahun program realiti We Got Married berjaya mendapat tempat di hati penonton, kini muncul program kedengaran seakan sama, namun ternyata berbeza.

Khabarnya program berjudul We Got Divorced akan ditayangkan di TV Chosun.

Selepas Program We Got Married Di Korea, Kini Muncul Siri Realiti Terbaru We Got Divorced
We Got Married

Menurut laporan YTN, We Got Divorced akan menjadi variety show terbaru di TV Chosun dan akan diketuai oleh Lee Kook Yong penerbit sama bagi siri Taste Of Love. Program ini mendapat kerjasama penulis Jung Sun Young yang terlibat dalam rancangan realiti 2 Days 1 Night.

IKLAN

We Got Divorced menampilkan selebriti yang berkongsi kisah penceraian mereka dengan cara baru dan ‘fresh’. Tarikh tayangan episod pertamanya dan barisan selebriti yang terlibat masih dalam perbincangan dan sedang dalam rundingan.

*

Asalnya, program ini diberi judul Taste of X, sekali gus menjadi siri ketiga bagi program ‘Taste of’, selepas Taste of Love dan Taste of Wife.

IKLAN

Namun, di peringkat perbincangan produksi, mereka sepakat menukarnya menjadi We Got Divorced. Beritu itu telah disahkan oleh TV Chosun dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Dengar cerita, dua selebriti yang telah disenaraikan untuk menyertai program ini ialah Lee Young Ha dan Sunwoo Eun Sook.

IKLAN
Selepas Program We Got Married Di Korea, Kini Muncul Siri Realiti Terbaru We Got Divorced
Lee Young Ha & Sunwoo Eun Sook

Kedua-dua pelakon ini berkahwin pada tahun 1981 dan malangnya bercerai pada tahun 2007 setelah 26 tahun berkahwin. Walaupun bercerai, baru-baru ini mereka muncul dalam sebuah program bersama anak lelaki dan menantu mereka.

Wah, tak sabar rasanya nak tengok selebriti Korea yang selalunya private ini berkongsi kisah hidup mereka. Sporting betul kan mereka.

Sumber: koreaboo

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI