Sekolah Di Pulau Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Pertandingan Onani

61

Apa nak jadi dengan dunia laman media sosial pada hari ini. Kejadian-kejadian beginilah yang cukup merisaukan golongan ibu bapa dan juga penjaga terhadap anak-anak mereka.

Di Pulau Pinang, sebuah sekolah di Teluk Kumbar semalam telah membuat laporan polis terhadap satu laman Facebook yang memuat naik status atau tuduhan palsi yang mendakwa sekolah tersebut bakal mengadakan pertandingan onani pada.

Menerusi posting yang telah di-screenshot memaparkan seorang pengguna menggunakan nama profil ‘Ayang Manja'(berkemungkinan besar fake account) berkongsi kononnya di sekolah tersebut akan diadakan pertandingan lucah berkenaan bersempena sebuah karnival yang turut berlangsung sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan Sekatan Internet Tehadap Golongan Berusia 17 Tahun Ke Bawah, Setuju Atau Tak?

Ia juga lengkap dengan lokasi, tarikh, masa dan juga syarat penyertaan yang cukup jelek. Malah turut disertakan dua nombor telefon yang kononnya penganjur pertandingan tersebut.

Memetik laporan Malay Mail, hebahan fitnah tersebut turut mengejutkan tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan yang turut mendapat berita itu menerusi perkongsian di Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. A. Anbalagan berkata laporan telah dilakukan oleh penolong pengetua sekolah berkenaan kerana risau ia akan menjejaskan nama sekolah tersebut. Jelas beliau lagi, kejadian sama juga pernah berlaku pada dua tahun lalu.

Pihak sekolah menafikan sekeras-kerasnya akan kewujudan acara ini dan berasa sangat kecewa dengan tuduhan yang tidak berasas ini.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian Internet.

Beliau menasihati agar orang ramai terutamanya golongan muda dan remaja agar berhati-hati menyebarkan maklumat palsu walaupun ia dianggap sebagai hanya jenaka semata-mata.

Bagi REMAJA, ini merupakan satu perkara yang langsung tidak bertanggungjawab. Selain boleh menjejaskan nama baik sekolah tersebut, ia juga boleh memberikan persepsi negatif terhadap golongan guru yang selama ini telah berkorban apa sahaja demi anak bangsa.

Kepada yang suka buat kerja tak berfaedah ini, hentikanlah. Jangan sampai kena tangkap baru menangis baru hendak menyesali segala perbuatan tidak elok.

CER KOMEN SIKIT