Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak aib yang disebarkan di media sosial oleh masyarakat yang tidak bertanggung jawab. Lebih menakutkan lagi apabila mereka mula mengorek tentang masa silam dan menyebarkannya kepada umum.

Masalah ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita kerana wujudnya individu yang penuh dengan perasaan dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.
Sekiranya berlaku perkara ini pada diri korang, agak-agaknya apa yang patut korang lakukan?

Remaja berkesempatan untuk bertemu dengan PU Amin dan bertanyakan tentang persoalan ini.

Sebar Aib Sebab Hasad Dengki, PU Amin Kongsi Ayat Elak Dari Orang Yang Cuba Bongkarkan Kesilapan Kita

“Sekiranya ada sesuatu yang memang diluar jangkaan soal aib kita atau maruah kita yang dibongkarkan oleh orang lain, tapi kita dah berusaha untuk memadamkan, menghilangkan atau memelihara diri kita selepas daripada itu, yang pertama sekali banyakkan untuk beristighfar kepada Allah dan amalkan ayat ini;”

Rabbighfirli warhamni watub alayya

IKLAN

“Ya Allah ya Tuhanku, Ampun kan aku, Muliakan aku dan terima taubat aku,”

“Tiga perkara dalam ayat ini akan melemahkan niat atau hasad dengki orang yang cuba untuk membongkarkan kesilapan kita, insyaAllah dan bertawakallah kepada Allah,” jawab PU Amin.

Korang juga boleh amalkan ayat ini dalam kehidupan seharian supaya dijauhi daripada manusia yang berhasrat dengki.

IKLAN

 

Sesi perkongsian bersama Hero Remaja 2020

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih buat PU Amin kerana sudi meluangkan masa untuk membuat perkongsian bermanfaat bersama finalis Hero Remaja 2020 pada awal pagi tadi. Sharing session ini membuka ruang untuk peserta bertanya soalan kepada PU Amin dan jelas sekali kesemua finalis tidak mensia-siakan peluang ini.

Sebar Aib Sebab Hasad Dengki, PU Amin Kongsi Ayat Elak Dari Orang Yang Cuba Bongkarkan Kesilapan Kita

IKLAN

Perkongsian mengenai peristiwa Israk dan Mikraj sedikit yang disampaikan oleh PU Amin sebanyak memberi hikmah dan pelajaran yang berguna buat finalis untuk mereka sentiasa beringat tentang perjuangan dan sejarah Islam.

Sebar Aib Sebab Hasad Dengki, PU Amin Kongsi Ayat Elak Dari Orang Yang Cuba Bongkarkan Kesilapan Kita

PU juga sempat menyentuh soal wabak yang melanda dunia hari ini, COVID-19 dengan menyarankan agar kita semua sentiasa menjaga wudhuk, bukan untuk solat sahaja tetapi wudhuk juga adalah pencegah paling mujarab. Doa adalah senjata umat Islam dan istighfar sentiasa, insyaAllah Allah akan hantar bantuan bagi menyelamatkan kita.

Wallahualam!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI