Syarat & Borang Peraduan
Pertandingan Esei
Saya #RemajaMalaysia
Peraduan esei bersempena dengan kempen saya #remajaMalaysia bertujuan untuk menyemarakkan buah fikiran remaja masa kini dalam memperkasa bahasa Melayu dan menanam perasaan cinta terhadap negara.
Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori:
- Prauniversiti dan Universiti (18 – 23 Tahun)
- Sekolah Menengah (15 – 17 Tahun)
Syarat-syarat penyertaan:
- Esei mestilah dikarang dalam bahasa Melayu.
- Esei yang dikarang tidak melebihi 1000 patah perkataan.
- Tema esei adalah ‘Perpaduan Asas Negara Cemerlang’
- Tarikh penyertaan bermula dari 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 18 September 2022 (Ahad).
- Hanya penyertaan yang dimuat naik ke laman web dalam tempoh yang ditetapkan sahaja yang akan dinilai.
- Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup atau dihantar menerusi medium lain (kiriman surat, e-mel dan mesej di akaun media sosial) tidak akan dipertimbangkan.
- Karangan yang dikemukakan perlu bersifat asli. Sebarang bentuk plagiarisme boleh dikesan oleh pihak penganjur dan akan mengakibatkan penyertaan peserta ditolak.
- Inti pati esei haruslah dikarang dengan baik dan menghormati semua pihak. Penganjur tidak akan menerima sebarang penyertaan esei yang menyentuh sensitiviti, perkauman dan agama.
- Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja. Jika peserta didapati menghantar lebih dari satu penyertaan, hanya penyertaan PERTAMA yang akan dipertimbangkan.