Pertandingan Esei
Saya #RemajaMalaysia
Pertandingan penulisan esei sempena kempen Saya #RemajaMalaysia ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi buah fikiran golongan remaja dalam memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta rasa cinta terhadap negara. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori.
- Prauniversiti & Universiti (Lepasan SPM berusia 18 – 23 tahun)
- Pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)
- Pelajar Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3)
Peserta perlu memuat naik esei menggunakan borang yang disediakan.
- Esei haruslah dikarang sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
- Esei yang dikarang tidak melebihi 1000 patah perkataan.
- Tema esei adalah \’Kita Malaysia\’.
- Idea esei perlulah asli. Sebarang bentuk plagiarisme boleh dikesan oleh pihak penganjur dan penyertaan peserta akan ditolak secara automatik.
- Esei haruslah dikarang dengan sopan dan menghormati semua pihak. Penganjur tidak akan melayan sebarang penyertaan yang menyentuh sensitiviti, perkauman dan agama.
- Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan esei sahaja. Sekiranya peserta yang sama didapati menghantar lebih daripada satu penyertaan, hanya penyertaan TERAKHIR yang akan diambil kira.
- Tarikh penyertaan adalah dari 10 Ogos (Selasa) hingga 3 September (Jumaat) 2021.