Bila sebut pasal budu, pertama yang tergambar ialah baunya agak menyengat. Kalau bukan asal dari Pantai Timur, budu yang sering digunakan sebagai pencicah makanan, akan menolaknya sebab tak tahan dengan baunya.

Ermmm, kalau kita menolak kerana baunya semata, ternyata amat rugi. Ini kerana di sebalik bau menyengatnya itu kerana diperbuat dari ikan bilis dan ramuan lain, kebaikan budu sangat banyak.

Baca perkongsian dari Dr Norman Norawi mengenai khasiat budu. So lepas baca nie, bolehlah cuba-cuba makan ya.

KELEBIHAN BUDU KEPADA KESIHATAN

Budu adalah makanan tradisi yang terkenal di Pantai Timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia telah di istiharkan sebagai ‘Makanan Warisan’ (Heritage Food) oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Budu biasanya di buat daripada ikan bilis dan juga ikan-ikan lain yang diperam atau di fermentasi.

Kajian menunjukkan ia sangat berkhasiat dan membantu kesihatan dan kecerdasan otak. Budu mengandungi kuman baik probiotik yang sangat baik untuk kesihatan usus. Budu juga mengandungi bahan-bahan yang menunjukkan potensi sebagai agen anti kanser.

Budu terhasil daripada proses hidrolisis ikan dan kuman mikrobial proteases, Rasa dan aroma budu adalah di kerana tindakan mikroorganisma atau kuman proteolitik yang hidup dalam proses pemeraman budu. Biasanya gula melaka dan asam jawa di tambah untuk menjadikan warnanya coklat gelap. Nisbah diantara ikan dan garam adalah rahsia produk masing-masing dari segi rasa dan bau. Kepekatan garam mempengaruhi jenis bakteria dan aktiviti enzimatik yang menyebabkan rasa yang berbeza diantara pelbagai jenama.

IKLAN

Kuman bakteria atau mikroorganisma yang ada didalam budu adalah secara umumnya diklasifikasi sebagai ‘halofilik’. Kuman atau mikroorganisma ini memainkan peranan utama dalam proses degradasi atau pemecahan protin, rasa dan aroma budu ini. Kuman di dalam budu adalah kuman baik atau probiotik yang kita perlukan dalam usus kita.


Kajian menunjukkan kuman bakteria baik di dalam budu adalah micrococcus sp. (yang dominan di permulaan proses fermentasi), staphylococcus sp. – adalah kuman halofilik yang sentiasa ada sepanjang proses fermentasi yang mana kedua-duanya mempunyai aktiviti proteolitik dan lipolitik yang baik.

IKLAN

Bakteria baik yang di kaji yang ada didalam budu adalah:
o Micrococcus luteus
o Lactobacillus plantarum LP1 & LP2
o Staphylococcus arlettae SA1
o Saccharomycescerevisiae SC3
o Candida glabrata CG2

Ini jelas menunjukkan budu mempunyai campuran pelbagai jenis bakteria baik probiotik yang berfungsi dalam proses fermentasi dan menjadi bakteria probiotik dalam usus yang baik selepas dimakan.

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
Mi Segera Bahaya Dimakan Sebab Ada Wax? Doktor Ini Rungkai Mitos-Mitos Viral Tentang Makanan
13 Tempat Wajib Singgah Di Cameron Highland

Akibat Suka Makan Pedas & Lewatkan Waktu Makan, Gadis Ini Kongsi Kisah Hampir Kena Kanser Esofagus

IKLAN

Tidak dinafikan bahawa budu mempunyai kandungan garam yang tinggi, oleh itu pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit tidaklah memudaratkan berbanding khasiat kuman baik probiotiknya yang sangat baik untuk kesihatan.

Ada juga sesetengah orang akan mendapat masalah alahan atau gatal-gatal apabila makan budu, maka mereka dinasihatkan tidak mengambil budu.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),MNM(ACNEM),FAGE
#drnorman #infosihat #buduprobiotik

Rujukan:
1. Kheng Yuen Sim, Fook Yee Chye, Ann Anton et al. Probiotic potential and Antimicrobial activities of micro-organisms Isolated From an indigenous Fish Sauce (Budu). Borneo Science 31: September 2012
2. More evidence that fish is brain food". Reuters. 2009-08-14. Retrieved 23 September 2015
3. Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia Archived September 4, 2010, at the Wayback Machine
4. Lee, YG; Kim, JY; Lee, KW; Kim, KH; Lee, HJ. "Peptides from anchovy sauce induce apoptosis in a human lymphoma cell (U937) through the increase of caspase-3 and -8 activities". Ann N Y Acad Sci. 1010: 399–404. doi:10.1196/annals.1299.073. PMID 15033760.