Raya Dah Nak Dekat, Ini 6 Tip Pilih Baju Kurung Ikut Bentuk Badan

1356

Tinggal lebih kurang tiga bulan saja lagi untuk kita menyambut Aidilfitri dan semestinya perkara paling korang excited sudah tentu nak beli baju raya baru kan?

Untuk tahun ini, dah ada tema ke? Atau korang sejenis beli saja yang ready made dan time tu barulah decide nak baju yang mana?

Tak kisahlah sama ada tempat atau beli dah siap, yang penting baju tersebut sesuai dengan korang.

Nak pilih baju biar yang selesa untuk dipakai sepanjang hari. Maklum saja bila tiba hari raya, ramai sanak saudara yang berkunjung ke rumah dan korang pun confirm nak bergaya seharian kan?

Jadi, untuk memastikan korang tak tersalah memilih jenis baju kurung di pagi raya, berikut merupakan tip memilih baju kurung mengikut bentuk badan yang dikongsi oleh Butik Baju Ezza Ida.

1. Potongan Duyung

Cutting ini sesuai bagi mereka yang bertubuh hourglass, epal, straight dan yang berbadan chubby. Individu yang bertubuh sedikit besar di bahagian bawah tidak digalakkan untuk memilih potongan ini.

2. Dart baju di depan

Potongan seperti ini tidak sesuai untuk digayakan oleh mereka yang bertubuh berisi dan ia lebih sesuai untuk individu yang memiliki tubuh hour glass, straight dan segi tiga.

3. Dart baju di belakang

Untuk potongan ini lebih sesuai untuk mereka yang bertubuh chubby kerana ia boleh memberikan sedikit ilusi lebih kecil. Namun, ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai bentuk badan segi tiga, yang mana besar di bahagian bawah.

Dapatkan baju kurung yang cantik, moden dan sopan di UMMA. Semuanya cantik-cantik! Klik sini tau.

4. Corak sama, baju dan kain

Bagi mereka yang bertubuh straight seperti tidak sesuai dengan cutting ini kerana korang akan nampak lebih kurus dan tegak.

5. Kurung Pahang

Sesuai untuk korang yang bertubuh straight, hourglass, badan berisi dan segi tiga. Dada yang berbidang kecil dan pingul sedikit besar sesuai dengan potongan ini.

6. Pesak Gantung

Baju kurung jenis ini terdiri daripada pesak atas dan pesak bawah di mana bahagian tepi pesak ini berbelah. Potongan ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tubuh yang agak besar di bahagian pinggul.

Diharap perkongsian ini dapat memberi gambaran untuk korang memilih baju raya yang sesuai pada hari raya nanti. Bukan saja menarik, malah selesa untuk dipakai ke sana ke mari. Betul tak?

CER KOMEN SIKIT