
MIERUL AIMAN
Nama: Muhammad Amirul Aiman Bin Norazman
Umur: 23
Tarikh Lahir: 14 Julai 1998
Asal: Putrajaya
Ketinggian: 178cm
Instagram: @mierulaiman
Menarik Tentang Mierul:
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini merupakan model utama dalam acara pentas peragaan fesyen tempatan. Sebagai seorang model, Mierul mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila aktif menambah ilmu serta skil dengan menyertai kelab-kelab lakonan. Baginya, mengasah bakat perlu bermula daripada inisiatif sendiri. Di samping itu, Mierul juga tidak asing dalam aktiviti lasak dan dia aktif bermain sukan ragbi sejak tahun 2011 lagi.