
IDEEN AZMAN
Nama: Ahmad Nuruddeen Bin Azman
Umur: 21
Tarikh Lahir: 13 Jun 2000
Asal: Melaka
Ketinggian: 178cm
Instagram: @ideenazman
Menarik Tentang Ideen:
Remaja tinggi lampai ini merupakan seorang tenaga pengajar sukan renang dan menghabiskan masa dalam sukan tersebut setiap kali mempunyai masa terluang. Ideen yang merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik merupakan pelajar semester ketiga jurusan persembahan pentas di ASWARA. Bakat lakonan dan nyanyian bersama instrumen gitar yang diasah sejak kecil telah menyakinkan keluarganya bahawa ini adalah bidang yang tepat untuknya. Malah, kejayaan terpilih sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2021 memupuk kepercayaan keluarga terhadap jalan yang dipilihnya ini.