AQIL TAQEE

Nama: Aqil Taqeeuddin Bin Tuhit
Umur: 22
Tarikh Lahir: 3 April 1999
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 174cm
Instagram: @aqltaqee

Menarik Tentang Aqil:
Finalis berdarah kacukan Cina ini merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan dari UITM Shah Alam. Pada mulanya, Aqil pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara; namun niatnya itu tidak mendapat sokongan keluarganya. Percaya bahawa nasihat ayahnya itu akan membuahkan hikmah lebih-lebih lagi melihatkan situasi pandemik sekarang, Aqil meneruskan minat dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Tanpa perlu berbadan besar, Aqil terus yakin mengasah kemahiran dan prestasi di atas padang. Semangat jitu dan displin dalam bidang sukan itu diharapnya akan terserlah sebagai seorang pelakon kelak

Show comments
IKLAN