AFIQ HAMIDON
Nama: Afiq Hilman Bin Hamidon
Umur: 20
Tarikh Lahir: 6 Februari 2001
Asal: Selangor
Ketinggian: 178cm
Instagram: @afiq_hamidon
Menarik Tentang Afiq:
Tubuh badannya yang tegap sudah menceritakan tentang minatnya menyertai sukan tenis dan renang sejak zaman sekolah lagi. Afiq yang kini aktif menjadikan boxing sebagai hobinya pernah menetap di Amerika Syarikat selama empat tahun. Pelajar akademi penerbangan ini mengakui meminati bidang peragaan dan lakonan namun masih belum memperolehi peluang terbaik menceburinya. Pada masa yang sama, cita-cita Afiq untuk memperolehi kelulusan sebagai seorang juruterbang tetap disemat olehnya.