Sila daftar/login untuk membuat undian

ZAFIRA

Share Profil [Sassy_Social_Share]

Nama: Zafira Natasya Yong
Umur: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 17 Oktober 2001
Asal: Johor
Ketinggian: 168cm
Pendidikan: Sarjana Muda Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam
Facebook: Zafira Yong
Instagram: @zafirayong
TikTok: @zafirayong

Menarik Tentang Zafira:
Gadis berdarah kacukan Cina ini berkebolehan untuk berbahasa Mandarin dan dari situ, minatnya untuk mendalami jurusan bahasa tercetus. Biarpun Zafira merupakan di antara finalis yang belum berkesempatan menyertai industri seni hiburan, cita-citanya cukup tinggi dan ingin bergelar seorang pelakon, model dan wakil projek kemanusiaan seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Michelle Yeoh. Zafira dapat melihat sisi dirinya ada dalam persona pelakon terkenal itu yang kekal relevan sebagai seorang primadona dan masih mampu menabur bakti kepada masyarakat.

Sebagai seorang yang berkeyakinan diri, Zafira menyifatkan dirinya sebagai finalis yang petah bercakap dan ini memberi kelebihan apabila dia berhadapan orang ramai.