TRACIE
Share Profil [Sassy_Social_Share]
Nama: Tracie Sinidol
Umur: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 24 September 2001
Asal: Sabah
Ketinggian: 159cm
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Facebook: Tracie Sinidol
Instagram: @traciesinidol_official
TikTok: @traciesinidol
Menarik Tentang Tracie:
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy. Terlebih dahulu, gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan. Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Menurutnya, penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain. Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.