Sila daftar/login untuk membuat undian

REEZLYN

Share Profil: [Sassy_Social_Share]

Nama: Nurshafeera Reezlyn bt Shamsul Azhar
Umur: 18 Tahun
Tarikh Lahir: 30 Disember 2004
Asal: Pulau Pinang
Ketinggian: 165cm
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Facebook: reezlynshafeera
Instagram: @reezlynshafeera
TikTok: @reezlynshafeeraa

Menarik Tentang Reezlyn:
Sebagai finalis termuda bagi edisi kali ini, Reezlyn baru saja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan Jun lalu. Gadis berdarah kacukan India dan Cina di sebelah bapanya ini fasih berbicara dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Reezlyn menjadikan Raysha Rizrose sebagai idolanya dalam percarian ini. Dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuknya menonjolkan bakat, personaliti, berani berhadapan dengan khalayak dan mempelajari skil baharu dalam dunia realiti selepas alam persekolahan seperti Raysha yang juga menjuarai pencarian Dewi Remaja 2014/15 sewaktu berusia 18 tahun.