RASYIQAH

Share Profil

Nama: Nur Rasyiqah bt Johan
Umur: 20 Tahun
Tarikh Lahir: 20 Ogos 2002
Asal: Pulau Pinang
Ketinggian: 168cm
Pendidikan: Asasi Pengurusan, UNITAR
Facebook: Rasyiqah Johan
Instagram: @raasyiqa
TikTok: @rasyiqahjohan

Menarik Tentang Rasyiqah:
Terlebih dahulu menempa nama sebagai seorang model komersil, Rasyiqah pernah memenangi satu pertandingan pencarian model I Am Model Search pada tahun 2020. Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini pernah muncul dalam iklan komersial untuk jenama automotif, makanan dan pelbagai lagi. Gadis yang mengidolakan pelakon, Maya Karin dan Priyanka Chopra ini juga fasih berbahasa Mandarin dan aktif dalam sukan Muay Thai.

Rasyiqah menyifatkan latar belakang keluarganya yang mempunyai perniagaan sebagai pendorong untuknya melanjutkan pelajaran dalam asasi Pengurusan. Biarpun tampil dengan pakej menarik, Rasyiqah tidak terlepas daripada pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan. Ia sekaligus menarik minatnya untuk mengangkat kesedaran terhadap cara-cara mempertahankan diri daripada terus menjadi mangsa buli.