MELISSA

Share Profil:

Nama: Melissa Quek Ai Ying
Umur: 20 Tahun
Tarikh Lahir: 3 Januari 2002
Asal: Pulau Pinang
Ketinggian: 166cm
Pendidikan: SAT Level, Penang Ace Homeschool
Facebook: Mel Aurellia
Instagram: @xcmelaurell_
TikTok: @xcmelaurell_

Menarik Tentang Melissa:
Berasal dari Pulau Pinang namun kini menetap di Kuala Lumpur, Melissa yang lebih mesra disapa sebagai Mel telah menceburkan diri dalam bidang peragaan dan lakonan. Hadir dengan pakej menarik, Melissa pernah mengutip pengalaman dalam dunia ratu cantik apabila menyertai Miss Grand KL 2020 dan menjuarainya.

Satu kebolehan Melissa yang jarang ada pada gadis-gadis lain adalah kemampuannya untuk bertutur dalam sembilan bahasa dan dialek termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Thai, Indonesia, Sunda, Jawa, Kantonis, Mandarin serta Hokkien. Melissa berjaya menguasai kesemuanya disebabkan susur-galur keluarganya sendiri di mana ibu Melissa berasal dari Indonesia manakala ayahnya pula berdarah kacukan Thai serta Cina.