JANANI

Share Profil

Nama: Janani Baskaran
Umur: 24 Tahun
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1997
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 163cm
Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Trent University Kanada
Facebook: Janny Baskaran
Instagram: @jannybaskaran
TikTok: @jannybaskaran

Menarik Tentang Janani:
Satu-satunya peserta berketurunan India untuk edisi kali ini, Janani menimba pengalaman ketika menetap di Kanada selama lima tahun. Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini melanjutkan pelajaran di sana selepas menamatkan pengajian di sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota. Ketika berada di Kanada, Janani berkesempatan melibatkan diri dalam sebuah produksi filem terbitan Disney iaitu Secret Society Second Born Royals yang ditayangkan pada tahun 2020.

Janani tidak asing dalam dunia pertandingan ratu cantik dan pernah menjadi finalis Miss Malaysia World 2016. Kini, dia ingin fokus dalam bidang peragaan, lakonan dan iklan komersil serta menjadikan Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya sebagai idolanya. Baginya, dia sanggup menerima cabaran untuk terjun ke industri seni hiburan tempatan yang majoritinya dianggotai selebriti berbangsa Melayu.