HYELEY
Share Profil: [Sassy_Social_Share]
Nama: Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim
Umur: 23 Tahun
Tarikh Lahir: 30 Ogos 1999
Asal: Perak
Ketinggian: 158cm
Pendidikan: Sarjana Muda Psikologi, University of Cyberjaya
Facebook: Hyeley Zzty
Instagram: @hyeley
TikTok: @hyeley
Menarik Tentang Hyeley:
Minat untuk berlakon seawal usia 6 tahun membuatkan Hyeley berkobar-kobar menyertai pencarian Dewi Remaja 2022. Terdahulu, Hyeley telah berjinak-jinak dalam industri seni hiburan dan pernah membintangi beberapa buah drama sebelum ini termasuklah Derita Untuk Bahagia dan Bukan Syurga Pilihan.
Gadis berdarah kacukan Pakistan ini boleh berbahasa Urdu dan amat meminati aktres Bollywood, Deepika Padukone. Baginya, Deepika mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penghibur selain mempunyai rupa paras menawan. Imej hijab bagi Hyeley pula tidak mengongkong minatnya untuk melakukan aktiviti lasak pada waktu lapang seperti mendaki bukit bersama rakan-rakan.