EIMAN

Share Profil

Nama: Wan Nurul Eiman bt Wan Zulkifli
Umur: 24 Tahun
Tarikh Lahir: 21 September 1998
Asal: Kuala Lumpur
Ketinggian: 160cm
Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan TESL, Universiti Malaya
Facebook: Eiman WanZul
Instagram: @emnwnzl
TikTok: @emnwnzl

Menarik Tentang Eiman:
Gadis berhijab ini gemar mengajar dan memberi kesedaran tentang kepentingan mempelajari dan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Tidak hairanlah Eiman memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan TESL. Eiman dikenali sebagai seorang finalis yang petah berbicara dan yakin apabila melontarkan pendapat.

Model sambilan ini juga mempunyai latar belakang yang cukup unik. Dia dilahirkan di Sarawak dan sebaik selamat untuk menaiki pesawat, Eiman dibawa berhijrah ke Afrika Selatan dan dibesarkan di sana sehingga usia 14 tahun. Anak ketiga dari enam beradik ini kini menetap di Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadikan bidang pengacaraan sebagai misinya apabila menyertai pencarian Dewi Remaja 2022.