CLARA JAMES

Nama: Ruth Clara Ann A/P James
Usia: 23 Tahun
Asal: Perak
Instagram: @clarajames1908

Menarik Tentang Dewi Clara:
Clara mempunyai kelebihan bertutur empat bahasa iaitu Tamil, Melayu, Inggeris dan Mandarin. Kebolehan ini menjadikan dia cukup unik! Kepetahan Clara apabila melontarkan pendapat juga memukau hati juri ketika sesi ujibakat. Graduan dalam bidang Komunikasi Profesional dari Universiti Malaya-Wales ini juga sudah mula melebarkan sayap dalam bidang lakonan, baru-baru ini.